Kejadian berlaku di Al Khalas, barah Arab Saudi ketika mereka dalam perjalanan menunaikan umrah di Mekah pada sabtu.
Menurut syarikat pengendali umrah, Hashim Travel, bas itu dilanggar oleh lori tangki minyak sebelum ia terbakar.
Tambahnya 18 orang berada di dalam bas tersebut ketika kejadian.
Kesemua telah dikejarkan ke hospital di mana enam ditahan di dalam wad.
"Kedutaan Arab Saudi di London kini bekerjasama dengan Pejabat Luar Negara (Britain) untuk mengeluarkan visa kecemasan kepada semua ahli keluarga keempat-empat warga Britain yang meninggal dunia, selain 12 lagi keluarga mangsa yang cedera.
"Semua mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital di Mekah," kata pihak kedutaan dalam satu kenyataan.
Menurut laporan media tempatan Britain, antara mangsa terkorban, termasuk seorang wanita berusia 70 tahun dari Blackburn di utara England, seorang lelaki warga emas, seorang wanita dan anak lelakinya, yang semuanya berasal dari Preston.
Ahli Parlimen Konservative bagi Wyre dan Preston North, Ben Wallace turut zahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.