WARSAW: Sebuah lagi empangan pecah di barat daya Poland selepas hujan lebat, kata pihak berkuasa pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Empangan di Stronie Slaski, dalam Wilayah Lower Silesia, telah pecah dan air dari Sungai Biala Ladecka kini mengalir tanpa halangan ke kawasan tadahan Nysa Klodzka, menurut sebuah rangkaian meteorologi.

Bandar Stronie Slaski terletak di Lembah Klodzko berhampiran sempadan Poland dengan Republik Czech.

Polis telah menghantar sebuah helikopter penyelamat ke kawasan terlibat untuk membawa mangsa yang terperangkap akibat banjir ke tempat selamat. Anggota tentera juga berada di lokasi.

Pada petang Sabtu, sebuah empangan di perkampungan pergunungan berdekatan Miedzygorze telah pecah.

-- BERNAMA