MOSCOW: Ekonomi Rusia ternyata lebih teguh daripada jangkaan dengan sekatan yang dikenakan tidak menjejaskan ekonominya seteruk yang disangkakan, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam Tinjauan Ekonomi Serantaunya untuk April, lapor Sputnik.
"Ekonomi Rusia setakat ini terbukti lebih berdaya tahan terhadap sekatan berbanding jangkaan awal pemerhati," kata IMF dalam dokumen itu dan menambah walaupun penurunan mendadak pada suku kedua 2022, ekonomi Rusia berjaya pulih pada suku ketiga dan suku keempat yang mengehadkan kejatuhan keluaran 2022 kepada 2.1 peratus."
Keupayaan Rusia untuk mempelbagaikan eksport minyak mentahnya dengan menjalin hubungan perdagangan dengan negara yang tidak mengenakan sekatan, menyumbang kepada jumlah dagangan eksport minyak yang berdaya tahan, sekali gus membawa hasil yang tinggi untuk ekonomi negara itu, menurut data IMF.
Lonjakan dalam perbelanjaan kerajaan, termasuk perbelanjaan berkaitan pertahanan pada separuh kedua 2022 meningkatkan KDNK Rusia sebanyak kira-kira 4 peratus daripada paras potensinya, tambah IMF.
IMF juga berkata "dengan sekatan yang mengekang import dari ekonomi Barat, lebihan akaun (belanjawan negara Rusia) meningkat kepada rekod AS$227 bilion."
Barat meningkatkan tekanan sekatan ke atas Rusia selepas permulaan operasi Moscow di Ukraine.
Sejak Februari 2022, EU telah mengenakan sepuluh pakej sekatan terhadap negara itu.
Presiden Rusia Vladimir Putin berkata dasar membendung dan melemahkan Rusia adalah strategi jangka panjang Barat dan sekatan itu telah menjejaskan keseluruhan ekonomi global.
--BERNAMA-SPUTNIK
Bernama
Fri Apr 28 2023
Sejak Februari 2022, EU telah mengenakan sepuluh pakej sekatan terhadap negara itu. - Fail/AP
Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir
Sekumpulan sukarelawan menganjurkan program pasar percuma di sini hari ini bagi membantu mangsa banjir terutama golongan kurang berkemampuan.
Kerjasama pintar, hubungan baik dengan media penting - KSN
Kerjasama pintar serta hubungan baik antara perkhidmatan awam dengan pengamal media penting dalam usaha memastikan penyampaian maklumat yang berkesan kepada rakyat.
4,500 kes amputasi di Gaza - Pegawai kesihatan
4,500 kes amputasi direkodkan akibat serangan udara dan darat berterusan oleh Israel ke atas Gaza, sehingga akhir 2024.
[TERKINI] Satu kes baharu mpox dilaporkan di Malaysia
Satu kes baharu jangkitan Mpox dilaporkan pada 10 Januari 2025, menjadikan jumlah keseluruhan kes Mpox sebanyak 12 kes sejak Julai 2023.
Latihan percubaan bermula Ahad, 130 pelatih sukarela lapor diri
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kembali semula tahun ini selepas Kementerian Pertahanan bersetuju melaksanakannya dengan konsep dan format baharu.
Lebih banyak pusat pemindahan sementara di Johor dibuka
Setakat ini 18 PPS dibuka empat daerah di Johor, 12 jalan terputus hubungan akibat banjir yang melanda Kota Tinggi.
OIC kecam peta Israel tuntut hak ke atas wilayah Arab
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam penerbitan peta Israel yang mendakwa mempunyai "hak wilayah bersejarah" di Palestin dan sebahagian besar Jordan, Lubnan dan Syria.
"Tangkap Mahathir, dakwa Muhyiddin, penjara Ismail Sabri."
Perdana Menteri menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah menyorok Titah Adendum bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Akta berkaitan politeknik ditambah baik
Akta berkaitan politeknik ditambah baik selaras dengan hala tuju transformasi pendidikan tinggi negara pada tahun ini.
SPRM tahan dua pekerja dan seorang bekas pekerja agensi
SPRM menahan reman dua lagi pekerja dan seorang bekas pekerja sebuah agensi kementerian kerana dipercayai terbabit amalan rasuah dalam mendapatkan surat tawaran kelulusan LKP tanpa memenuhi syarat ditetapkan.
Ekonomi Rusia lebih teguh berbanding jangkaan walaupun dikenakan sekatan - IMF
Ekonomi Rusia ternyata lebih teguh daripada jangkaan dengan sekatan yang dikenakan tidak menjejaskan ekonominya seteruk yang disangkakan, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).