PATTANI: Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Daerah Nong Chik, Pattani, selatan Thailand hari ini.
Ketua Polis Wilayah Pattani, Pol Maj Jen Archan Chansiri berkata pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah dipercayai tempat persembunyian dua anggota militan di Kampung Koh Morkaeng, Nong Chik, kira-kira 3 pagi (waktu tempatan) hari ini.
"Kami telah berusaha memujuk dua lelaki yang bersembunyi dalam rumah terbabit untuk menyerah diri namun gagal, malah mereka telah melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan ketika cuba melarikan diri.
"Insiden berbalas tembakan berlaku kira-kira 10 minit. Apabila keadaan reda, kami menemukan satu mayat di perkarangan rumah.
"Satu lagi insiden berbalas tembakan berlaku kira-kira 10.30 pagi (waktu tempatan). Pasukan keselamatan menemukan satu lagi mayat di tingkat dua rumah itu," katanya.
Beliau menambah bahawa kedua-dua lelaki warga Thailand berusia 33 dan 37 tahun itu mempunyai tujuh waran tangkap di Pattani membabitkan kes tembakan dan pengeboman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
![Dua suspek militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani Dua suspek militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71688114804_TBgunshot.jpg)
Archan menambah kedua-dua lelaki warga Thailand berusia 33 dan 37 tahun itu mempunyai tujuh waran tangkap di Pattani membabitkan kes tembakan dan pengeboman. - Gambar fail/Unsplash
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Dua suspek militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani Dua suspek militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71688114804_TBgunshot.jpg)
Dua suspek militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani
Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Daerah Nong Chik, Pattani, selatan Thailand hari ini.
![Tiga anggota militan maut insiden berbalas tembakan di Narathiwat Tiga anggota militan maut insiden berbalas tembakan di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616386738_Militantsilhouette.jpg)
Tiga anggota militan maut insiden berbalas tembakan di Narathiwat
Pasukan keselamatan turut merampas senjata dan alat-alat perkhemahan milik kumpulan itu.
![Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/61446202561_GUNSHOT.jpg)
Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan
Kedua-dua lelaki berusia 27 dan 40 tahun ditemui maut di tempat kejadian.
![Anggota kumpulan pemisah maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani Anggota kumpulan pemisah maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627746384_MAYATGENERIC.jpg)
Anggota kumpulan pemisah maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani
Pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah yang dipercayai tempat lelaki berusia 29 itu bersembunyi.
![Yazid Sufaat di bawah pemerhatian polis - KPN Yazid Sufaat di bawah pemerhatian polis - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41571995298_TBLTTE.jpg)
Yazid Sufaat di bawah pemerhatian polis - KPN
Abdul Hamid berkata polis juga akan terus berhubung dengan Yazid dalam proses pemulihan.
![Kampus universiti di Kabul diserang, lebih 10 maut Kampus universiti di Kabul diserang, lebih 10 maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/41472097412_KabulAttack.jpg)
Kampus universiti di Kabul diserang, lebih 10 maut
Dua penyerang yang dikaitkan dengan kumpulan militan itu akhirnya maut apabila pasukan polis menyerbu universiti berkenaan.