Menurut pihak berkuasa, suspek masih bebas dan senjata yang digunakan masih tidak ditemui.
Kata Ketua Polis, Ron Thomas, tembakan berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika pelajar itu menjalani pemeriksaan keselamatan.
Suspek yang sudah dikenal pasti identitinya itu dipercayai baharu sahaja berpindah ke sekolah berkenaan.
Salah seorang pentadbir cedera parah dan sedang menjalani pembedahan, manakala mangsa kedua berada dalam keadaan stabil.
Awal bulan ini, gerakan pelajar dari sekolah berkenaan menyertai perarakan ke Capitol, Colorado bagi menuntut undang-undang senjata api yang lebih ketat, susulan kematian rakan pelajar yang ditembak ketika duduk di dalam kereta berhampiran sekolah.
Rabu adalah ulang tahun kedua kejadian 10 individu ditembak dan dibunuh di sebuah pasar raya di Boulder, Colorado.