Dua lelaki bersenjata terbunuh manakala lima yang lain menyerah diri selepas insiden tembak menembak dengan pasukan keselamatan di daerah Kampung Telok Kabuh di Krong Pinang, selatan Thailand pada Khamis.
Kejadian itu berlaku selepas kira-kira 100 anggota keselamatan Thailand mengepung sebuah rumah di kampung berkenaan sejak pukul 3.00 pagi tadi (waktu tempatan).
"Ketujuh-tujuh lelaki dalam rumah berkenaan dipercayai anggota Runda Kumpulan Kecil (RKK). Apabila mereka menyedari kehadiran anggota keselamatan, berlaku tembak menembak," kata Ketua Renjer ke-41 Yala, Kol Sitisak Jenbanjong.
Lima lelaki menyerah diri selepas berlakunya kejadian tembak menembak pertama selama kira-kira 20 minit dan disusuli kejadian tembak menembak kali kedua selama 15 minit antara pasukan keselamatan dengan dua lelaki bersenjata.
Kedua-dua lelaki yang enggan menyerah diri itu menggunakan senjata M-16 dan Ak-47 dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Thailand.
Menurut Sitisak, mayat kedua-dua lelaki bersenjata yang dikenali sebagai Hatim Tolaema, 29, dan Kariman Matlee, 32, kedua-duanya dari Kampung Balo, daerah Balo ditemui selepas berakhirnya insiden tembak menembak itu.
Tiga laras senjata M-16 dan Ak-47 serta pistol 9mm turut ditemukan berdekatan mayat lelaki berkenaan, katanya.
Pihak berkuasa Thailand sedang menyiasat latar belakang kesemua lima lelaki yang menyerah diri itu serta dua yang terbunuh itu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 16 2018
![Dua maut, lima serah diri selepas insiden tembak menembak di Yala Dua maut, lima serah diri selepas insiden tembak menembak di Yala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41534464478_TBLELAKIBERSENJATA.jpg)
Pasukan keselamatan Thailand menembak mati dua lelaki bersenjata dalam insiden tembak-menembak di daerah Krong Pinang, Yala, selatan Thailand, 16 Ogos, 2018. Lima lelaki yang bersembunyi dalam rumah menyerah diri. --fotoBERNAMA
Tumpuan Rabu – 17 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Serangan di ibu pejabat syarikat minyak Libya, dua terbunuh Serangan di ibu pejabat syarikat minyak Libya, dua terbunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536627060_Libya.jpg)
Serangan di ibu pejabat syarikat minyak Libya, dua terbunuh
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan serangan enam lelaki bersenjata itu, yang turut menawan beberapa orang tebusan, berlaku ketika kakitangannya berada di dalam bangunan.
![Dua maut, lima serah diri selepas insiden tembak menembak di Yala Dua maut, lima serah diri selepas insiden tembak menembak di Yala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41534464478_TBLELAKIBERSENJATA.jpg)
Dua maut, lima serah diri selepas insiden tembak menembak di Yala
Kejadian itu berlaku selepas kira-kira 100 anggota keselamatan Thailand mengepung sebuah rumah di kampung berkenaan sejak pukul 3.00 pagi tadi (waktu tempatan).
![Tiga tebusan wanita di rumah orang tua di Yountville, Amerika Syarikat mati Tiga tebusan wanita di rumah orang tua di Yountville, Amerika Syarikat mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71520633713_TBCALIVETHOMESHO.jpg)
Tiga tebusan wanita di rumah orang tua di Yountville, Amerika Syarikat mati
Tiga tebusan yang merupakan petugas di rumah veteran di Yountville, di Napa Valley kira-kira 80 kilometer ke timur laut San Francisco termasuk suspek utamanya disahkan mati.
![Suspek samun keluar bank mati ditembak polis Suspek samun keluar bank mati ditembak polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41518641806_GunShot.jpg)
Suspek samun keluar bank mati ditembak polis
Suspek yang berada di dalam keadaan mencurigakan itu diekori sepasukan anggota pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dan Unit Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
![Sarjan didakwa bunuh dan samun pesara tentera di Melaka Sarjan didakwa bunuh dan samun pesara tentera di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81501216229_DakwaBUNUH.jpg)
Sarjan didakwa bunuh dan samun pesara tentera di Melaka
Seorang polis tentera berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas dua pertuduhan membunuh dan melakukan samun bersenjata.
![Mangsa culik di Sandakan giat dikesan Mangsa culik di Sandakan giat dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/41431612610_295x200.jpg)
Mangsa culik di Sandakan giat dikesan
Polis Sabah giat mengesan suspek serta dua mangsa yang diculik empat lelaki bersenjata dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan malam tadi.
![1 maut, 3 cedera dalam serangan di Copenhagen 1 maut, 3 cedera dalam serangan di Copenhagen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71423960587_295x200.jpg)
1 maut, 3 cedera dalam serangan di Copenhagen
Seorang maut dan tiga pegawai polis apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pusat budaya di Copenhagen pada Sabtu.
![Lelaki bersenjata di pejabat pos Paris ditahan, tebusan dibebaskan Lelaki bersenjata di pejabat pos Paris ditahan, tebusan dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/71420847951_295x200.jpg)
Lelaki bersenjata di pejabat pos Paris ditahan, tebusan dibebaskan
Seorang lelaki yang bertindak menyerbu sebuah pejabat pos di kota Paris sebentar tadi menyerah diri kepada polis manakala semua tebusan dibebaskan dengan selamat.
![Anggota polis yang maut dalam serang hendap di Simunul tidak bersenjata Anggota polis yang maut dalam serang hendap di Simunul tidak bersenjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41362206460_295x200.jpg)
Anggota polis yang maut dalam serang hendap di Simunul tidak bersenjata
Mahkamah Tinggi diberitahu seorang daripada enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Simunul tahun lepas tidak bersenjata.