Dua maut manakala dua yang lain cedera dalam kejadian tembakan terbaharu yang berlaku di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat.

Menurut laporan awal polis Virginia, suspek bersama dua anggota tentera termasuk seorang orang awam yang cedera telah dibawa ke hospital selepas terbabit insiden berbalas tembakan itu.

Seorang anggota tentera dan suspek kemudiannya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Kejadian berlaku apabila seorang lelaki tiba-tiba mengacukan pistolnya ke arah seorang anggota tentera di pintu masuk Stesen Bas Richmond, lalu menembaknya.

Melalui imej yang dirakam, menunjukkan banyak kereta polis dan pegawai bersenjata berada di tempat kejadian.

Stesen bas terbabit kemudiannya ditutup.