Satu letupan kecil yang berlaku di stesen kereta api Hualamphong yang sibuk di Bangkok tengah hari tadi menyebabkan dua lelaki cedera dan polis Thailand menolak ia berpunca daripada letupan bom.
Timbalan Ketua Polis Thailand Jen Pol Sriwara Rangsiphrammanakul berkata letupan itu berlaku pada kira-kira 11.56 pagi (waktu Thailand) dan berpunca daripada serbuk yang belum dikenal pasti yang diisi dalam sebiji botol kecil dan diletupkan menggunakan puntung rokok.
"Ia (letupan) bukan berpunca daripada 'bom ping pong'," katanya kepada pemberita di Rumah Kerajaan hari ini, dan pada masa sama menolak politik sebagai punca insiden itu.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (NSC) yang dipengerusikan Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-cha, di sini hari ini.
Media-media tempatan dalam laporan mereka mendakwa letupan itu berpunca daripada bahan letupan dikenali "Bom Ping Pong", bola ping pong yang diisi dengan serbuk letupan.
Sementara itu, Setiausaha Agung NSC Jen Thawip Netniyom berkata pihak berkuasa akan menjalankan ujian forensik untuk mengenal pasti punca letupan itu walaupun kejadian letupan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
"Kami perlu mengumpulkan lebih banyak bukti untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, walaupun letupan dirakam CCTV," katanya kepada pemberita.
Dua mangsa yang cedera dalam letupan itu dikenal pasti sebagai Thanong Maisao, 25, dan Lamai Aungamsap, 30. Mereka dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.
Rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua lelaki sedang merokok sebelum letupan itu berlaku.
Pegawai polis Thailand termasuk daripada unit Pemusnah Bahan Letupan (EOD) masih menjalankan pemeriksaan di kawasan letupan untuk mengumpul lebih banyak bukti bagi membantu siasatan mereka terhadap insiden itu.
Pada Ogos tahun lepas, bom meletup di kawasan tumpuan ramai Kuil Erawan di Rachaprasong, Bangkok, menyebabkan 20 orang maut termasuk beberapa rakyat Malaysia.
Bernama
Wed May 11 2016
Rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua lelaki sedang merokok sebelum letupan itu berlaku. - Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Dua cedera dalam insiden letupan di stesen kereta api di Bangkok
Letupan itu berlaku pada kira-kira 11.56 pagi (waktu Thailand) dan berpunca daripada serbuk yang belum dikenal pasti.