Sekumpulan perusuh memasuki lokap balai polis sebelum mengheret keluar dua lelaki yang kemudian dipukul dan dibakar hidup-hidup kerana khabar angin cuba menculik kanak-kanak.
Dalam kejadian di kampung San Vicente Boqueron di Puebla, Rabu lalu, kedua-dua lelaki yang dikenali sebagai Alberto Flores Morales, 53 tahun, dan Ricardo Flores Rodriguez, 21 tahun, maut dibakar.
Morales Dan Rodriguez pada mulanya ditangkap polis kerana minum arak di tempat awam dan mengganggu remaja perempuan yang lalu-lalang.
Bagaimanapun, khabar angin yang tersebar di media sosial mendakwa dua lelaki itu ditangkap kerana cuba menculik kanak-kanak di kampung itu.
Berita itu menyebabkan kira-kira 150 penduduk yang berang menyerbu balai polis di mana mangsa ditahan lalu memecahkan lokap sebelum menarik mereka keluar.
Mangsa kemudian ditumbuk, ditendang, diikat sebelum muka mereka dipijak-pijak oleh kumpulan perusuh, badan mereka kemudian dicurah dengan petrol lalu dibakar hidup-hidup.
Sebuah kenderaan yang dipercayai milik mangsa turut dibakar kumpulan perusuh itu.
Sementara itu, pejabat pendakwa raya negeri mengatakan, khabar angin tentang penculikan itu adalah palsu dan pihaknya kini menyiasat pembunuhan kejam berkenaan.
Kementerian Keselamatan Awam turut menyiasat mengapa anggota polis yang bertugas di balai itu tidak meminta bantuan atau berunding dengan penduduk yang berkumpul.
Sinar Harian
Sat Sep 01 2018
Orang ramai yang berkumpul mengambil gambar dan merakam video dua lelaki berkenaan dibakar hidup-hidup. - Foto Sinar Harian
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Indonesia tegaskan sokongan bagi akauntabiliti di Palestin berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Netanyahu dan Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Dibelasah, dibakar hidup-hidup gara-gara khabar angin
Khabar angin yang tersebar di media sosial mendakwa dua lelaki itu ditangkap kerana cuba menculik kanak-kanak di kampung itu.