TOKYO: Ketika Toshiyuki Niino ingin berhenti daripada pekerjaan yang tidak menggembirakannya beberapa tahun lalu, dia berhadapan kesukaran dalam mengumpul keberanian untuk berhadapan dengan bosnya.
Setelah berkhidmat di beberapa tempat kerja lain di negara kelahirannya, Jepun, Niino sedar keputusannnya untuk berhenti kerja akan mendapat tentangan.
"Apabila anda cuba berhenti (kerja), mereka akan membuatkan anda merasa bersalah," kata Niino, yang tinggal di Kamakura, kira-kira 65km selatan Tokyo, kepada agensi berita antarabangsa, Al Jazeera.
"Mereka cuba membuat anda berasa malu dan bersalah kerana anda berhenti kerja dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, dan saya mengalami saat yang sangat sukar."
Pengalaman pahit dilalui Niino itu mecetus idea kepada dia dan sahabatnya, Yuichiro Okazaki: “Bagaimana sekiranya anda dapat mengelakkan kesukaran untuk berhenti kerja dengan meminta orang lain melakukannya untuk anda?”
Justeru, bermulalah Exit, sebuah syarikat yang mengendalikan proses yang lazimnya sukar dan berat untuk dilalui seseorang pekerja iaitu mengemukakan notis berhenti bagi pekerja Jepun yang terlalu malu atau berasa malu untuk melakukannya sendirian.
Dengan mengenakan bayaran 20,000 Yen (RM658), Exit akan menghubungi majikan pelanggan mereka untuk memberitahu keputusan kakitangan tersebut berhenti kerja.
Dalam masa sama, perkhidmatan itu membolehkan seseorang pekerja mengelakkan berlaku sebarang konfrontasi dengan ketua mereka.
Menurut Niino, kebanyakan pelanggannya merupakan lelaki berusia 20-an dan firmanya itu menerima sekitar 10,000 pertanyaan setiap tahun, walaupun tidak semua yang menghubungi pihaknya menggunakan perkhidmatan tersebut.
"Ada dua sebab utama yang saya lihat iaitu mereka takut dengan bos mereka sehingga tidak dapat memberitahu hasrat mereka ingin berhenti kerja dan juga perasaan bersalah yang mereka miliki kerana ingin berhenti," katanya.
Niino percaya bahawa populariti perkhidmatan ini mungkin berkaitan dengan aspek budaya Jepun yang menghalang ketidakserasian dan menggalakkan idea bahawa untuk mencapai kejayaan memerlukan komitmen jangka panjang.
"Nampaknya jika anda berhenti atau tidak menyelesaikannya, ia seperti dosa. Seperti anda membuat kesilapan yang buruk," katanya.
Di Jepun, bekerja seumur hidup merupakan hal yang normal selama sebahagian besar abad ke-20, selain budaya kerja yang membebankan serta menggalakan pekerja bekerja lebih masa adalah amalan yang bukan asing.
Sekalipun terdapat perkhidmatan orang tengah atau agensi untuk memaklumkan mengenai hasrat seseorang itu untuk berhenti kerja mendapat sambutan baik, namun, dalam satu aspek lain perkhidmatan itu kelihatan ‘tidak manis’ di mata majikan.
Bagi Koji Takahashi, seorang pengurus di sebuah syarikat kejuruteraan di Tokyo misalnya, agak tergamam apabila menerima panggilan daripada sebuah agensi memaklumkan pekerjanya mahu berhenti kerja.
Kerana kurang yakin dengan panggilan berkenaan, Takahashi membuat keputusan berjumpa dengan ibu dan ayah pekerjanya itu untuk mengesahkan berita tersebut.
“Saya perkenalkan diri dan memberikan kad perniagaan keapda ibu dan ayah pekerja say aitu dan menjelaskan situasi sebenar,” kata Takahashi kepada Al Jazeera.
“Saya beritahu mereka saya boleh menerima peletakan jawatan itu seperti yang diinginkan, tetapi dia perlu menghubungi saya untuk mengesahkan keselamatan dirinya.”
Kata Takahashi, keputusan pekerja untuk menggunakan pihak ketiga bagi memaklumkan hasrat untuk berhenti memberikan kesan negatif khususnya pada karakter beliau sebagai seorang ketua.
Agensi
Thu Jun 08 2023

Di Jepun, bekerja seumur hidup merupakan hal yang normal selama sebahagian besar abad ke-20, selain budaya kerja yang membebankan serta menggalakan pekerja bekerja lebih masa adalah amalan yang bukan asing. - Gambar hiasan

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Universiti Jepun perkenal program AI untuk latihan pelajar perubatan
Universiti Nagasaki di barat daya Jepun dan sebuah syarikat pembangunan sistem tempatan memperkenalkan program kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pelajar perubatan berlatih.

Trump persoal pakatan keselamatan, Jepun suarakan 'keyakinan penuh' kepada AS
Jepun pada Jumaat menyuarakan "keyakinan penuh" bahawa Amerika Syarikat (AS) akan memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian keselamatan dua hala untuk mempertahankan negara Asia itu.

Ridzuan Ridzokumura tidak sangka dentuman yang kedengaran bunyi isterinya jatuh
Ridzuan Ridzokumura pada awalnya beranggapan bunyi dentuman itu datang dari lebuh raya berdekatan kediamannya.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.