Bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, kembali menjadi liputan utama media Indonesia apabila dilapor memfailkan petisyen penceraian terhadap isterinya, Veronica Tan.
Media dalam talian di Indonesia melaporkan Ahok menfailkan petisyen itu pada 5 Jan lepas di Mahkamah Daerah Jakarta Utara.Beliau turut menfailkan tuntutan penjagaan terhadap anak-anak mereka - Nicholas Sean, 20, Nathania Berniece, 17 dan Daud Albeenner, 12 tahun.
Petisyen penceraian itu pada mulanya tersebar di media sosial, sebelum peguamnya Josefina Agatha Syukur hari ini mengesahkan perkara itu.Josefina enggan mengulas punca petisyen pasangan yang berkahwin pada 6 Sept 1997 itu.
Ahok, 51, sebelum ini mendapat liputan utama media Indonesia apabila dikaitkan dengan penistaan agama Islam sebelum didapati bersalah pada Mei tahun lepas.
Kini beliau menjalani hukuman penjara dua tahun di Mako Brimob, Kelapa Dua, Depok.-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2018

Ahok, 51, sebelum ini mendapat liputan utama media Indonesia apabila dikaitkan dengan penistaan agama Islam sebelum didapati bersalah pada Mei tahun lepas. - Foto fail REUTERS

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Bebas dari penjara, Ahok tukar nama dan bakal kahwin
Beliau mahu menjenamakan semula personalitinya dengan anggilan BTP (singkatan bagi Basuki Tjahaja Purnama).

Ahok kekal dalam penjara selepas rayuan ditolak mahkamah Indonesia
Jurucakap mahkamah pada Isnin memberitahu, ahli politik itu akan terus menjalani hukuman penjara dua tahun.

Bekas Gabenor Jakarta diberi pengampunan khusus sempena Krismas
Ahok yang sedang menjalani hukuman penjara dua tahun diberikan pengampunan khusus untuk berada di luar penjara bagi menyambut perayaan Krismas Isnin lalu.

Isu Ahok: Media Malaysia, antarabangsa suarakan kebimbangan
Data persepsi ini merupakan hasil tinjauan oleh Indonesia Indicator melibatkan 128 laporan daripada 78 media berbahasa Inggeris di Asia, Amerika Syarikat, UK, Australia dan New Zealand.

Pilkada Jakarta: Anies mendahului dalam kiraan pantas, keputusan rasmi awal Mei
Sama ada Ahok mahupun Anies, perlu keputusan majoriti mudah untuk menang, dan suruhanjaya pilihan raya akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal Mei.

Pilihan raya Jakarta diadakan dua pusingan
Seperti yang diduga, Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) bagi Daerah Khusus Jakarta akan berlangsung secara dua pusingan ekoran tiada calon yang melepasi undi majoriti melebihi 50 peratus.

Pilkada DKI Jakarta: Ahok mendahului dalam pengiraan awal
Kesemua lima badan pengiraan undian awal menunjukkan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok mendahului dua lagi pasangan lain.

Pilkada: Pengundi Indonesia keluar memilih gabenor, ketua daerah
Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok berdepan dengan dua pencabar Muslim, sekali gus mencetus polemik agama dan menguji kepatuhan konsep pluralisme dan kesederhanaan di Jakarta.

Ribuan berhimpun di Masjid Istiqlal, seru pemilihan Gabenor Jakarta beragama Islam
Jutaan penduduk Jakarta akan ke peti undi pada Rabu minggu depan untuk memilih gabenor baharu dalam satu pertandingan sengit.

'Saya rela ditangkap dan dipenjara jika bersalah' - Ahok
Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama berkata beliau sebenarnya telah difitnah.