WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Rabu gagal memilih speaker baharu dalam pusingan kedua pengundian.
Ini kerana pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Dewan itu Jim Jordan kehilangan lebih banyak undi daripada partinya sendiri berbanding pada pusingan pertama di tengah-tengah persaingan dalam Parti Republikan yang berterusan.
Jordan memenangi 199 undi daripada 221 anggota Republikan di Dewan itu, kehilangan 22 undi Republikan pada pusingan kedua pengundian penuh dewan, berbanding 20 anggota Republikan yang tidak menyokongnya pada pusingan pertama pada Selasa.
Keputusan itu menunjukkan penentangan yang semakin meningkat dalam parti Republikan dan menimbulkan keraguan terhadap cara untuk menyelesaikannya.
Empat anggota Republikan yang mengundi Jordan pada Selasa berpaling tadah dalam pusingan kedua pengundian.
Calon Republikan itu bagaimanapun mendapat sokongan daripada dua anggota lain dan memperoleh satu lagi undi daripada anggota yang tidak hadir pada pengundian pertama.
Dalam kalangan 22 anggota Republikan itu, lima mengundi bekas speaker Kevin McCarthy, yang disingkirkan daripada jawatan berkenaan dua minggu lalu manakala tujuh lagi mengundi Steve Scalise, yang sebelum ini memenangi pencalonan speaker Republikan tetapi gagal menyatukan parti serta menarik diri daripada persaingan jawatan berkenaan.
Tiga lagi mengundi Lee Zeldin, yang bukan merupakan anggota Kongres buat masa ini. Seorang anggota mengundi bekas Speaker Dewan John Boehner, yang terpaksa bersara pada 2015 disebabkan oleh ugutan daripada para anggota berhaluan kanan yang menggulingkan McCarthy.
Pemimpin Minoriti Dewan Perwakilan Hakeem Jeffries, calon Democrat, menerima kesemua 212 undi daripada partinya.
Dengan majoriti tipis Republikan 221-212 di dalam dewan, Jordan hanya boleh kehilangan sehingga empat undi daripada Republikan jika semua anggota hadir untuk mencapai ambang majoriti dan memenangi jawatan Speaker.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Thu Oct 19 2023

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Rabu gagal memilih speaker baharu dalam pusingan kedua pengundian. -Gambar fail/AP
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

Anwar dijangka jelas pendirian kerajaan mengenai RUU AS, sekat pihak sokong Hamas
Wan Ahmad Fayhsal bertanya mengenai RUU itu yang mengenakan sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan Jihad Islam Palestin.

Kerajaan pantau RUU AS berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas
Wisma Putra akan melihat secara terperinci terlebih dahulu kandungan rang undang-undang berkenaan sebelum melaksanakan apa-apa tindakan susulan.

Dewan Perwakilan AS adakan sesi undian keempat pilih Speaker
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Selasa akan mengadakan undian kali keempat bagi memilih Speaker

Dewan Perwakilan AS gagal pilih Speaker baharu dalam pusingan kedua pengundian
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Rabu gagal memilih speaker baharu dalam pusingan kedua pengundian.

Dewan Perwakilan AS lulus perjanjian siling hutang Biden-McCarthy
Dewan Perwakilan AS meluluskan perjanjian yang dirundingkan oleh Presiden Joe Biden dan Speaker Dewan Kevin McCarthy untuk menaikkan had hutang AS sebelum tarikh akhir bayaran hutan

Dewan Perwakilan AS lulus undang-undang keselamatan sempadan
Dewan perwakilan meluluskan rang undang-undang itu, digelar Secure the Border Act menerusi undian 219-213, dengan dua Republikan menyertai Demokrat sebagai pembangkang.

Nancy Pelosi tiba untuk lawatan rasmi di Malaysia
Pesawat khas yang membawa ahli politik Demokrat itu bersama lima delegasi mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jam 10.33 pagi.