Seorang bakal pengantin tergamak membunuh tunangnya sendiri gara-gara angau dengan teman wanita baharu dalam insiden pembunuhan terancang di Thailand.
Dalam kejadian pada Jumaat, Ronnachai Panchart, 26, menembak mati tunangnya, Nontiya Kruajatturat yang sepatutnya dikahwini semalam (Ahad).
Menurut laporan portal Thailand The Nation, Ronnachai sebelum ini telah berkali-kali memujuk tunangnya untuk membatalkan majlis perkahwinan kerana dia kini sudah ada teman baharu, Naruemon.
Nontiya walau bagaimanapun menolak, menyebabkan mereka sering bertengkar.
Akhirnya, pasangan kekasih gelap itu nekad berpakat untuk membunuh mangsa.
Pada malam kejadian itu, Naruemon menurunkan Ronnachai dekat kediaman Nontiya di Hospital Komuniti Salui di mana mangsa bertugas.
Suspek dilaporkan menyelinap masuk ke bilik tunangnya dan menembak dada mangsa lalu membunuhnya.
Terdahulu Ronnachai memberitahu polis yang dia dalam keadaan mabuk pada malam kejadian dan tidak berniat membunuh tunangnya.
Dia turut mendakwa tunangnya sering mengekori dia dan teman wanitanya selain menghamburkan kata-kata berupa ancaman terhadap mereka.
Polis Thailand dalam pada itu telah menahan teman wanita lelaki tersebut yang berusia 23 tahun atas dakwaan bersubahat serta terlibat membeli senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.
Selain tiga pertuduhan termasuk membunuh dengan niat, Naruemon juga didakwa membantu teman lelakinya mencari lokasi untuk membuang senjata berkenaan.
Sementara itu, keluarga Nontiya mendakwa emas bernilai Baht 700,000 (kira-kira RM87300) hilang dari bilik mangsa.
Agensi
Mon Dec 25 2017

Pistol yang digunakan Ronnachai Panchart untuk menembak mati tunangnya, Nontiya Kruajatturat ditemukan pihak polis. -Foto The Nation
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati ke atas lelaki bunuh bekas tunang
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas seorang ahli perniagaan yang membunuh bekas tunangnya sebelum membuang mayat wanita itu ke dalam sebatang sungai tujuh tahun lepas.

Bakar tunang gara-gara cemburu buta
Seorang wanita Ukraine maut akibat dibakar tunang yang menuduhnya curang dengan lelaki lain.

Dek angau teman wanita baharu, lelaki pakat bunuh tunang sendiri
Ronnachai yang dijadual berkahwin dengan Nontiya semalam telah berkali-kali memujuk tunangnya untuk membatalkan majlis perkahwinan kerana dia kini sudah ada teman baharu, Naruemon.