KUALA LUMPUR: Debat calon presiden Indonesia dalam PemilihanPemilu 2024 diteruskan untuk pusingan ketiga, yang menyaksikan ketiga-tiga calon mengutarakan pandangan dan berpidato melibatkan pelbagai isu semasa.
Ia menampilkan tema pertahanan, keamanan, hubungan antarabangsa, globalisasi, geopolitik serta politik luar negeri.
Debat ketiga yang disiarkan secara langsung di YouTube Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) melibatkan pasangan calon presiden dan naib presiden pertama, Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar; pasangan kedua, Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka; serta pasangan ketiga, Ganjar Pranowo-Mahfud MD.
Pada sesi pertama, ketiga-tiga calon presiden diberikan tempoh masa empat minit untuk mengutarakan pandangan mereka berdasarkan tema yang ditetapkan.
Ganjar yang membuka tirai perdebatan menegaskan politik luar negeri Indonesia merupakan alat untuk rundingan dengan dunia luar tetapi kepentingan nasional harus menjadi keutamaan.
"Maka kita mesti memperkuatkan infrastruktur diplomasi kita seperti duta besar dan para diplomat.
"Tentu saja inilah yang kita mesti berikan penugasan-penugasan untuk menyelesaikan persoalan-persoalan kepentingan ekonomi nasional dalam konteks terkini.
"Indonesia selalu setia kepada kesepakatan yang pernah diambil, dekolonisasi yang dilakukan mendorong, dan meyakinkan kita semua untuk membebaskan seluruh bangsa tanpa boleh campur tangan satu dengan yang lain, dan ini komitmen kita terhadap kemerdekaan Palestin yang kita dukung," katanya dalam siaran langsung tersebut pada Ahad.
Sementara itu, Anies yang dilihat sinis terhadap pentadbiran kerajaan semasa Indonesia berkata, republik itu perlu dikembalikan menjadi pemain utama di peringkat global dan menjadi penentu arah dalam pendamaian dan kemakmuran.
"Maka apa yang kita kerjakan di peringkat dunia membuatkan Indonesia boleh menjadi tuan rumah di negeri sendiri, sekali gus tetamu yang mempersona di negeri orang (global).
"Presiden menjadi panglima diplomasi Indonesia, bukan hanya hadir dalam forum-forum tetapi hadir mewarnai dan serius memperjuangkan amanat termasuk menghapuskan penjajahan di muka bumi.
"Ia bukan sekadar kenyataan di upacara tetapi presiden dan seluruh jajahan diplomasi bekerja keras untuk itu khususnya demi Palestin," ujar beliau.
"Kami akan memulakan dengan kepimpinan yang menjunjung tinggi etika. Kita ingin republik ini 'berperang' di peringkat global, dijaga secara seirus untuk rumah tangga dan nasional, sehingga kewibawaan kita adalah berdasarkan kekuatan," tambahnya.
Ketika giliran Prabowo pula, Menteri Pertahanan dan Keselamatan Indonesia itu dilihat 'membalas sindiran' Anies, mengatakan ada individu berbicara tanpa fakta yang tepat.
Pada masa yang sama, beliau berkata Indonesia kekal dengan prinsip bebas dan tidak terikat dengan mana-mana blok dalam menjalin hubungan politik di peringkat global.
"Kita bertekad harus mempunyai pertahanan yang kuat. Mungkin ada yang asal bicara tanpa data, mungkin didorong oleh cita-cita yang mengebu-mengebu sehingga tidak objektif.
"Saya sebagai Menteri Pertahanan berpegang kepada doktrin, strategi nasional serta semua adalah atas dasar kepentingan bangsa dan rakyat Indonesia," katanya, sambil menegaskan sistem pertahanan yang kuat akan dapat memastikan Indonesia dihormati.
Debat pada sesi kedua juga dilihat sedikit tegang ketika Anies menyentuh mengenai isu ancaman siber dan penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Dua lagi pusingan perdebatan dijadualkan berlangsung pada 21 Januari dan 4 Februari depan.
Hasimi Muhamad
Sun Jan 07 2024

Dari kiri: Anies, Prabowo dan Ganjar membahaskan tema pertahanan, keamanan, hubungan antarabangsa, globalisasi, geopolitik serta politik luar negeri pada debat ketiga calon presiden - Foto/fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Puluhan cedera dalam pertempuran semasa Pilihan Raya Indonesia di Papua
Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.

Pasca Pilpres 2019: Masa untuk bangsa Indonesia kembali bersatu
Selepas berakhir proses pungutan suara di kotak undi pada Pemilihan Umum (Pemilu) 2019 pada Rabu, kini tiba masanya untuk bangsa Indonesia kembali bersatu.

Kempen pilihan raya Presiden Indonesia bermula
Pemilihan yang dijadual berlangsung pada 9 Julai itu meletakkan pilihan antara gabenor Joko 'Jokowi' Widodo dengan bekas jeneral, Prabowo Subianto.