"Pemergiannya telah menyebabkan seluruh masyarakat Guerrero berkabung dan membangkitkan kemarahan yang membara," tulis gabenor negeri Guerrero Evelyn Salgado di media sosial X.
Arcos telah dipilih pada Jun sebagai wakil gabungan pembangkang yang termasuk Parti Revolusi Institusi (PRI). Berikutan pembunuhannya, PRI mengecam jenayah itu sebagai "pengecut" dan menuntut keadilan.
Menurut Presiden PRI Alejandro Moreno, pembunuhan Arcos berlaku tiga hari selepas pembunuhan Francisco Tapia, setiausaha majlis bandar Chilpancingo.
Pejabat peguam negara berkata ia telah membuka siasatan ke atas pembunuhan Arcos.
Guerrero, antara negeri termiskin di Mexico, mengalami keganasan bertahun-tahun berkaitan perebutan kawasan antara kartel yang berjuang untuk mengawal pengeluaran dan pengedaran dadah.
-- BERNAMA