PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam kegagalan global berkaitan akses kepada bekalan vaksin COVID-19.
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, negara-negara kaya telah membuka semula kehidupan sosial masyarakat dan memberi vaksin kepada golongan muda yang tidak berisiko tinggi.
Bagaimanapun, negara-negara miskin dibiarkan dengan kejam mengalami kekurangan dos vaksin COVID-19.
Tambahnya, situasi di Afrika menyaksikan jangkitan dan kematian baharu melonjak hampir 40 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Keadaan itu dianggap sebagai sangat berbahaya kerana varian Delta kini telah tersebar di seluruh dunia.
"Dunia telah gagal, sepertimana komuniti global, masyarakat juga dianggap gagal," katanya pada sidang media pada Jumaat.
Tedros mengecam negara-negara yang enggan berkongsi dos dengan negara-negara berpendapatan rendah.
Beliau membandingkannya dengan krisis HIV/AIDS ketika ada yang berpendapat bahawa negara-negara Afrika tidak dapat menggunakan rawatan rumit.
"Sikap sebegitu tidak sepatutnya berlaku lagi ketika ini. Masalah sekarang ialah bekalan, jadi, berikanlah bekalan vaksin itu," katanya.
Katanya lagi, perbezaan antara negara yang mempunyai vaksin dan tiada vaksin ketika ini memperlihatkan ketidakadilan dan ketidaksamarataan dunia ini serta ini yang perlu dihadapi.
Sementara itu, Ketua Pengarah Program Kecemasan WHO Dr Mike Ryan berkata, banyak negara membangun jauh lebih baik daripada negara industri dengan melakukan vaksinasi besar-besaran terhadap penduduk, bagi melindungi dari penyakit berjangkit seperti kolera dan polio.
COVAX yang dikendalikan bersama pakatan vaksin GAVI dan WHO telah memberikan 90 juta dos vaksin COVID-19 ke 132 negara sejak Februari.
Namun, program itu menghadapi masalah bekalan utama sejak India menangguhkan eksport vaksin.
Penasihat Kanan WHO Bruce Aylward berkata, program COVAX bulan ini mempunyai sifar dos vaksin AstraZeneca, Johnson & Johnson dan daripada Serum Institute of India.
Astro Awani
Mon Jun 28 2021
Tedros berkata, negara-negara kaya telah membuka semula kehidupan sosial dan memberi vaksin kepada golongan tidak berisiko tinggi sedangkan negara miskin mengalami kekurangan vaksin. - Gambar fail
Pemandu bas parah, kemalangan lapan kenderaan
Seorang pemandu bas ekspres parah, manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lapan kenderaan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah berhampiran persimpangan ke pusat simpanan kenderaan berat di Ayer Keroh, Melaka.
JS-SEZ boleh pacu Johor sebagai enjin pertumbuhan ekonomi selatan - Penyelidikan
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi memacu Johor menjadi enjin pertumbuhan selatan untuk ekonomi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
MCMC akan teliti samada LinkedIn penuhi syarat keperluan lesen - Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil setakat Selasa, WeChat, TikTok dan Telegram telah diberikan diberikan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP (C))."Saya telah minta MCMC meneliti, samada LinkedIn mempunyai jumlah pengguna lebih lapan juta di Malaysia dan sekiranya LinkedIn ditakrifkan sebagai media sosial maka kita akan berhubung dengan pihak LinkedIn," jelas Fahmi. #AWANInews
"Dokumen yang dimaksudkan tidak disorok" - Fahmi
Menteri Komunikasi berkata beliau ambik maklum bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan kes ini diremit semula ke Mahkamah Tinggi.
"Maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat dari peguam negara tentang beberapa perkara yang tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut"
#AWANInews
"Maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat dari peguam negara tentang beberapa perkara yang tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut"
#AWANInews
[TERKINI] Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti siding media mingguan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil Di Kementerian Komunikasi, Putrajaya
92 juta pekerjaan terjejas pada 2030 - WEF
Kira-kira 170 peranan baharu dijangka diwujudkan dan 92 juta pekerjaan akan terjejas menjelang 2030 selain menghasilkan peningkatan bersih sebanyak 78 juta pekerjaan baharu.
JS-SEZ bab baharu dalam usaha sama pembangunan ekonomi serantau
Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semalam menandakan bab baharu dalam usaha sama membangunkan ekonomi serantau.
[TERKINI] Pasukan penyiasat mula analisis perakam data penerbangan pesawat Jeju Air
Pasukan penyiasat bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan analisis perakam data penerbangan pesawat malang Jeju Air.
Lelaki mengaku tak bersalah lakukan sumbang mahram anak tiri
Seorang lelaki didakwa atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap seorang anak perempuan tirinya pada 2019 dan 2024.
Peniaga gerai mengaku hina Agong, didenda RM3,000
Seorang peniaga gerai makanan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong di aplikasi X, minggu lalu.
Larangan merokok termasuk di pejabat swasta tindakan tepat, strategik
Larangan merokok di beberapa kawasan dan premis termasuk di tempat kerja swasta yang berkuat kuasa semalam, merupakan tindakan tepat dan strategik.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Maghribi sahkan kes pertama MPOX
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi melaporkan kes pertama mpox di bandar selatan Marrakech pada Khamis, Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MAP.
Penduduk Palestin zahir harapan genjatan senjata kekal
Penduduk Palestin terus menzahirkan harapan gencatan senjata yang kekal dapat dilaksanakan selepas 11 bulan konflik di Gaza.
Motosikal baharu 150cc ke atas perlu dilengkapi ABS mulai tahun depan - Ahmad Zahid
Semua motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas perlu mempunyai Sistem Brek Anti Kunci (ABS) mulai 1 Jan depan, yang merupakan antara inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya,
Wabak mpox: Lindungi golongan rentan, individu imuniti rendah - Pakar kesihatan
Kumpulan yang memiliki imuniti rendah antaranya adalah pesakit kanser, wanita hamil, warga tua serta kanak-kanak.
Mpox Kecemasan Kesihatan Global, ini 6 langkah segera KKM
Semua pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari.
Doctors Without Borders bimbang penularan mpox di Afrika
Kanak-kanak sangat terdedah kepada mpox, yang menyumbang 56 peratus daripada kes dan 79 peratus angka kematian tahun ini.
Agensi PBB gesa jeda kemanusiaan di Gaza untuk kempen vaksinasi polio
Menurut WHO, dua pusingan kempen vaksinasi polio dijangka dilancarkan pada penghujung Ogos dan September 2024 di seluruh Semenanjung Gaza.