Singapura membuat keputusan untuk menangguhkan jadual menunaikan ibadah haji 2020 bagi 900 jemaahnya ke tahun berikutnya berikutan pandemik COVID-19, menurut Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) hari ini.
MUIS memaklumkan keputusan itu dibuat dengan persetujuan Jawatankuasa Fatwa selain rundingan bersama Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.
Menurut MUIS, Jawatankuasa Fatwa telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dan menyokong keputusan untuk menangguhkan ibadah haji untuk jemaah Singapura ke tahun berikutnya atas alasan kesihatan dan keselamatan jemaah.
"Jawatankuasa ini berpendapat bahawa dalam konteks semasa, tidak semua prasyarat untuk ibadah haji yang selamat dapat dipenuhi, justeru, mereka mengesyorkan supaya jemaah Singapura menangguhkan rancangan untuk menunaikan ibadah itu bagi mengelak sebarang kemungkinan yang memudaratkan," menurut MUIS.
MUIS berharap agar keputusan awal ini dapat membantu meredakan kebimbangan jemaah dan keluarga mereka mengenai rancangan ibadah itu tahun ini.
MUIS juga berkeyakinan penuh terhadap kerajaan Arab Saudi dalam menguruskan pandemik itu dan langkah yang sesuai akan diambil sekiranya haji diteruskan.
Bagaimanapun, Singapura mempunyai pertimbangan sendiri untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan jemaah negara itu, menurut MUIS.
MUIS memberitahu lebih 80 peratus daripada jemaah Singapura yang dijadualkan mengerjakan ibadah haji tahun ini berumur 50 tahun ke atas.
MOH menasihatkan bahawa individu dalam kategori ini berhadapan dengan risiko komplikasi dan kematian lebih besar sekiranya dijangkiti virus COVID-19, menurut majlis itu.
MUIS menyatakan ibadah haji tahunan melibatkan perhimpunan kira-kira 2.5 juta orang dari seluruh dunia di kota Makkah.
"Ini adalah perhimpunan berskala besar melibatkan jemaah dari seluruh dunia. Seperti kes perjalanan ke luar negara, terdapat risiko buat jemaah Singapura yang ingin menunaikan ibadah haji dijangkiti virus itu," menurut MUIS.
MUIS difahamkan bahawa setakat hari ini, kerajaan Arab Saudi belum membuat pengumuman rasmi mengenai status ibadah haji untuk tahun ini.
Pada Mac lepas, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan kepada agensi berkaitan pengurusan haji di seluruh dunia untuk berhenti mengambil tempahan baharu atau bayaran untuk mengerjakan ibadah haji pada 2020.
Saudi Airlines juga mengumumkan penangguhan semua penerbangan antarabangsa sehingga diberitahu, menurut MUIS.
- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020
Kerajaan Arab Saudi belum membuat pengumuman rasmi mengenai status ibadah haji untuk tahun ini. Gambar fail/ Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020
Pencapaian itu melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak 4.7 peratus.
Tokyo 2020: Cabaran Azizulhasni dan Shah Firdaus berakhir dalam acara pecut
Bagaimanapun kayuhan emas sebenar 'The Pocket Rocketman" akan dinanti dalam acara kegemarannya iaitu keirin yang akan memulakan saingan pada Sabtu ini.
Hala tuju pasca SPM: 'Ikut minat, jangan ikut rakan'
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disaran mengenal pasti minat dan kemampuan diri sebelum membuat pilihan pendidikan di peringkat tinggi.
Pelaksanaan mandat, adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020
Pelaksanaan mandat dan adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020.
TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas walaupun negara masih berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.
Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.
Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020.
2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA
Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) turun 68.1 peratus dan faktor muatan jatuh 19.2 mata peratusan menjadi 62.8 peratus.