SINGAPURA: Singapura akan memperketat langkah pengurusan keselamatan (SMM) komuniti dengan kembali ke Fasa 2 (Amaran Tahap Tinggi) bermula 22 Julai hingga 18 Ogos, antara lain menyaksikan perhimpunan sosial hanya dibenarkan seramai dua orang berbanding lima sebelum ini.
Langkah itu berikutan peningkatan kluster COVID-19 membabitkan KTV atau kelab malam.
Sebelum ini Singapura telah mengumumkan langkah keselamatan Fasa 3 (Amaran Tahap Tinggi) dari 19 Julai hingga 8 Ogos.
Sejak itu, banyak kluster dikesan melibatkan Pelabuhan Perikanan Jurong, terutama di pasar basah dan pusat makanan penjaja.
"Tidak seperti kluster KTV sebelum ini ia banyak mempengaruhi golongan muda, kluster pelabuhan itu pula menular dalam kalangan penduduk warga emas yang berisiko tinggi sekiranya mereka dijangkiti virus," kata pengerusi bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF), Gan Kim Yong, pada sidang media maya hari ini.
"Terdapat juga kes penularan di beberapa pasar awam yang sering dikunjungi warga emas," kata Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Singapura.
Gan berkata terdapat kira-kira 81 warga emas berusia 60 tahun ke atas dijangkiti sejak tujuh hari lalu, 12 daripadanya belum divaksin.
"Ini sangat membimbangkan kerana hampir 30 peratus penduduk warga emas berusia di atas 70 tahun masih belum divaksin," katanya.
Secara keseluruhan, ujarnya hampir 50 peratus penduduk Singapura masih belum menerima suntikan vaksin yang lengkap.
"Memandangkan jangkitan yang lebih cepat merebak dan peningkatan kluster baharu, buat masa ini kita perlu memperlahankan penularan virus untuk memberi kita ruang meningkatkan program vaksinasi terutama dalam kalangan penduduk yang lebih berusia," katanya.
Antara 12 dan 18 Julai, MTF menyatakan dianggarkan 46 kes penularan tempatan dilaporkan setiap hari dan "ini adalah jumlah kes tertinggi yang dikesannya sejak April 2020".
Sehingga 18 Julai, Singapura telah memberikan sejumlah 6,794,394 dos vaksin COVID-19 di bawah program vaksinasi kebangsaan, menyaksikan 2,747,489 individu sudah lengkap divaksin.
MTF menyatakan pihaknya berada di landasan tepat untuk memastikan dua pertiga penduduk lengkap divaksin menjelang Hari Kebangsaan pada 9 Ogos selain menyasarkan untuk memperluas liputan vaksin dalam kalangan warga emas.
Setakat 19 Julai, sejumlah 179 kes dikaitkan dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong dan 193 ke kluster KTV. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 20 2021
Langkah itu berikutan peningkatan kluster COVID-19 membabitkan KTV atau kelab malam. - Facebook @KTV Singapore Malaysia
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.
Dua rakyat Malaysia cedera terlibat kemalangan di Singapura, seorang di ICU
Dua rakyat Malaysia sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Ekspreswe Seletar (SLE), Isnin malam.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan bincang dengan Singapura ubah laluan kenderaan komersial
Kerajaan sedang mempertimbang kesesuaian mengubah laluan kenderaan komersial dari Stesen Woodlands ke Tuas sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama cegah, tangani jenayah rentas sempadan
Ia bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Malaysia-Singapura tingkat kerjasama jenayah rentas sempadan, tambah elemen jenayah siber
Malaysia dan Singapura akan terus memperkukuh kerjasama bagi membanteras jenayah rentas sempadan dengan menambah elemen jenayah siber selari dengan keperluan semasa.
Singapura perkenal undang-undang perkukuh perlindungan terhadap diskriminasi di tempat kerja
Rang Undang-Undang Keadilan di Tempat Kerja telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, pada Selasa.
Pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands dijangka sesak ketika cuti hujung tahun
ICA menasihati pengembara untuk mengambil kira masa menunggu tambahan dari 15 Nov hingga 1 Jan 2025, terutamanya pada hujung minggu.
Warga Singapura tikam paderi, didakwa di mahkamah
Seorang lelaki warga Singapura didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya terhadap seorang paderi.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.