Satu kes baharu jangkitan COVID-19 disahkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura pada Isnin, dengan menjadikan jumlah 90 kes dilaporkan setakat ini di republik itu.
MOH dalam kenyataan berkata kes terbaru itu membabitkan seorang wanita warga tempatan berusia 75 tahun yang dikaitkan dengan kelompok gereja The Life Church dan Missions Singapore, yang kini mempunyai tujuh kes yang disahkan.
Kementerian itu berkata wanita warga emas itu tidak mempunyai rekod perjalanan ke China dan kini ditempatkan di wad isolasi di Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NCID).
Wanita itu dilaporkan mengalami simptom pada 9 Feb lalu dan keputusan ujian COVID-19 menunjukkan positif pada Ahad.
Selain kes terbaru itu, dua lagi pesakit COVID-19 sudah sembuh dan dibenarkan pulang pada Ahad, menjadikan jumlah 53 pesakit sudah sembuh.
BACA: COVID-19: Tiga lagi kes disahkan di Singapura, jumlah terkini 89
Menurut MOH, sebahagian besar daripada 37 pesakit yang masih dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil atau beransur pulih manakala tujuh dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Setakat tengah hari Isnin, MOH telah mengesan 2,842 orang, yang berhubungan rapat dengan kes sebelum ini, telah dikuarantin dengan 1,986 daripada mereka telah selesai tempoh kuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 24 2020
Wanita itu dilaporkan mengalami simptom pada 9 Feb lalu dan keputusan ujian COVID-19 menunjukkan positif pada Ahad. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
COVID-19: Satu kes baharu, jumlah keseluruhan 90 kes di Singapura
Kes terbaru membabitkan seorang wanita warga tempatan berusia 75 tahun yang dikaitkan dengan kelompok gereja The Life Church dan Missions Singapore, yang kini mempunyai tujuh kes yang disahkan.