TEXAS: Pegawai kesihatan di Texas, Amerika Syaikat mengesahkan kematian pertama akibat varian baharu COVID-19, Omicron pada Isnin.

Ini dipercayai kematian pertama berkaitan varian tersebut di negara berkenaan, menurut pegawai kesihatan daerah Harris.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an dan mempunyai sejarah masalah kesihatan, katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan pada Isnin.

Ketika ini 73 peratus daripada kes COVID-19 di Amerika Syarikat adalah berpunca daripada varian Omicron, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat pada Isnin.