PERDANA Menteri Perancis Jean Castex mengumumkan pada Khamis, langkah penutupan pada hujung minggu akan diperluas ke wilayah Pas De Calais bermula Sabtu.
Beliau turut mengisytiharkan, tiga wilayah baharu ditempatkan di bawah pengawasan ketat kerana kadar jangkitan yang tinggi, menjadikan 23 wilayah diarahkan ditutup di seluruh negara setakat ini.
"Tiga wilayah lain, Hautes-Alpes, Aisne dan Aube mengalami peningkatan kes seminggu yang lalu sehingga mencapai kenaikan 250 (kes) untuk 100,000 (penduduk) dan kemudian, 20 wilayah diletakkan di bawah pengawasan diperketat.
"Analisis angka terkini dan hasil perbincangan dengan rakyat terpilih daerah ini mendorong saya untuk mengambil empat langkah.
"Yang pertama adalah melanjutkan penutupan hujung minggu, yang sudah dilaksanakan di wilayah Dunkirk dan Nice, ke wilayah Pas-de-Calais," katanya pada sidang media di Paris.
Peniaga dengan premis berkeluasan 10,000 meter persegi akan ditutup di 23 wilayah yang berisiko.
Lebih daripada 60 peratus daripada semua jangkitan koronavirus baharu di Perancis kini merupakan varian baharu yang di dikesan di UK.
Ini adalah usaha Perancis untuk melakukan segala yang mungkin untuk mengelakkan kenaikan kes mendadak kali ketiga.
Astro Awani
Thu Mar 04 2021
Jean Castex bercakap pada sidang media menerangkan strategi kerajaan Perancis berhubung pandemik COVID-19 di Paris, 4 Mac, 2021. - REUTERS
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Pilihanraya Presiden Perancis, undian pusingan pertama bermula
Pusat mengundi di seluruh tanah besar Perancis dibuka kepada pengundi pada pukul 8 pagi waktu tempatan untuk pusingan pertama pilihan raya penentu presiden.
Vaksin COVID-19: PM Perancis zahir ucapan terima kasih buat petugas kesihatan
Pusat vaksinasi tersebut diharap dapat mempercepatkan program imunisasi negara itu dengan lebih 10,000 orang dijangka akan divaksin setiap minggu.
COVID-19: Perancis perlu elak penutupan ketiga - Jean Castex
Kenyataan Perdana Menteri Perancis, Jean Castex itu menyusul ketika negara itu merekodkan 26,000 kes baharu, pada Ahad.
COVID-19: PM Perancis umum sekatan hujung minggu di 23 wilayah
Castex juga menempatkan tiga wilayah baharu, di bawah pengawasan yang ketat kerana kadar jangkitan yang tinggi.
Tolak perintah berkurung, Perancis tumpu sekatan perjalanan
Perancis memutuskan untuk tidak mengenakan perintah berkurung ketiga di seluruh negara pada Jumaat.
COVID-19: Perancis perketat sempadan kekang varian baharu
Perintah berkurung selama 12 jam pada waktu malam itu akan berkuat kuasa pada Sabtu.
Presiden Polinesia Perancis disahkan positif COVID-19 selepas bertemu Macron
Beliau akan menjalani kuarantin selama tujuh hari, seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa kesihatan.
Jean Castex dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Castex menyatakan persediannya untuk menggalas tanggungjawab utamanya iaitu memulihkan ekonomi negara yang terjejas terus sejak dilanda wabak COVID-19.