PAPEETE:Presiden Polinesia Perancis Édouard Fritch disahkan positif COVID-19 setelah pulang dari Perancis, bertemu Presiden Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Jean Castex, lapor agensi berita Sputnik.

"Kesihatan Presiden Fritch tidak membimbangkan. Beliau akan menjalani kuarantin selama tujuh hari, seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa kesihatan, sambil menguruskan negara ini, ” kata satu kenyataan dari pejabat Fritch.

Fritch melawat Paris pada 8 Oktober. Ketika di ibu negara itu, beliau mengadakan pertemuan dengan Macron dan juga bertemu dengan Perdana Menteri Jean Castex dan Menteri Wilayah Luar Negeri Sebastien Lecorneu.

Menurut pejabat Fritch, Presiden Polinesia Perancis mengambil semua langkah kebersihan yang diperlukan.

Tiga hari sebelum berangkat ke Paris, beliau mengambil ujian COVID-19, yang ternyata negatif.

-- BERNAMA