SINGAPURA:Pelawat yang bercadang memasuki Singapura di bawah Pas Perjalanan Udara (ATP) dan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) perlu mempunyai insurans perjalanan untuk kos rawatan dan kemasukan ke hospital berkaitan COVID-19 di sini, dengan perlindungan minimum S$30,000.
Keperluan baharu itu berkuat kuasa mulai 11.59 malam pada 31 Jan, menurut Kementerian Kesihatan (MoH) republik itu dalam semakan terbarunya mengenakan langkah sekatan sempadan yang lebih ketat bagi menangani risiko kes import COVID-19 dan penularan jangkitan tempatan daripada pelawat.
"Insurans perjalanan itu akan membantu mereka membayar kos rawatan perubatan di Singapura. Pelawat boleh membeli insurans perjalanan itu dari syarikat insurans berpangkalan di Singapura atau di luar negara," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.
Senarai produk insurans yang tersedia boleh didapati di laman web SafeTravel di https://safetravel.ica.gov.sg/health.
Singapura mempunyai perjanjian RGL dengna lima negara termasuk Malaysia dan enam kawasan di China.
Memandangkan kemunculan varian virus baharu dan keadaan COVID-19 yang semakin teruk di seluruh dunia, republik itu juga akan mengenakan langkah kawalan sempadan tambahan untuk semua pelawat.
Secara khusus, kementerian itu berkata bermula 11.59 malam pada 24 Jan 2021, semua pengembara termasuk rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) perlu menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) COVID-19 sebaik tiba di Singapura.
Keperluan menjalani notis tinggal di rumah (SHN) termasuk ujian PCR di akhir tempoh SHN akan diteruskan, menurut kenyataan itu.
Untuk mempercepatkan ujian PCR COVID-19 di lapangan terbang, MoH berkata para pengunjung amat digalakkan untuk mendaftar dan membuat bayaran prabayar ujian PCR COVID-19 sebelum mereka berlepas ke Singapura di https://safetravel.changiairport.com.
Sementara itu, sebagai langkah berjaga-jaga bermula 11.59 malam pada 18 Jan, semua rakyat Singapura dan PR yang pulang dari United Kingdom dan Afrika Selatan perlu menjalani pengasingan kendiri tambahan selama tujuh hari di kediaman masing-masing diikuti SHN selama 14 hari di kemudahan SHN, menurut MoH.
Kementerian itu menyatakan ia akan terus mengkaji data dan bukti mengenai sebarang virus baharu dan mengemas kini langkah-langkah sewajarnya.
Sehingga tengah hari Sabtu, Singapura mengesahkan lima kes baharu jangkitan COVID-19 tempatan dan 19 kes import.
Jumlah kes positif di republik itu 59,083.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 16 2021

Bermula 11.59 malam pada 24 Jan 2021, semua pengembara termasuk rakyat Singapura dan PR perlu menjalani ujian PCR COVID-19 sebaik tiba di Singapura.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.