NEW YORK: New York memansuhkan pemakaian pelitup muka di sekolah-sekolah sekitar bandar itu, pada Isnin.

Pemakaian pelitup muka kini hanya menjadi pilihan kepada pelajar sejak diwajibkan pada Mac 2020.

Bagaimanapun pelitup muka masih diwajibkan untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang belum layak untuk divaksin.

Bandar-bandar di Amerika Syarikat telah mengugurkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 apabila lonjakan jangkitan akibat Omicron semakin berkurangan.

Lebih daripada 4,000 individu meninggal dunia akibat COVID-19 di New York pada Januari dan Februari menjadikan dua bulan tersebut paling buruk sejak Musim Bunga 2020.

Bagaimanapun jangkitan baharu telah merosot dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan mencatatkan purata 700 kes setiap hari.