BANGKOK:Wabak COVID-19 terbaru di Thailand telah merebak ke sekurang-kurangnya 31 wilayah dan lebih 1,300 kes dilaporkan ada kaitan dengan sebuah pasar makanan laut di wilayah barat daya Samut Sakhon.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata pihak berkuasa kesihatan awam meningkatkan pengesanan kes aktif untuk menghentikan penularan virus yang boleh membawa maut itu.
"Sehingga kini, kami telah menjalankan 8,810 ujian COVID-19 dan lebih 1,300 disahkan positif.
"Kebanyakan pesakit adalah pekerja asing dari negara jiran, Myanmar dan tidak mengalami gejala," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Kes indeks di pasar makanan laut itu dipercayai penjual udang berusia 67 tahun yang didapati positif virus itu minggu lepas.
Berikutan lonjakan kes, kerajaan negara itu telah melaksanakan sekatan pergerakan dan perintah berkurung pada sebelah malam di Samut Sakhon.
Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand mencatatkan 81 kes COVID-19 baharu termasuk sembilan kes import manakala 72 kes tempatan yang ada kaitan dengan pasar tersebut.
Setakat ini, Thailand telah mencatatkan 5,910 kes COVID-19 dengan 60 kematian.
Semalam, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata tidak akan ada sekatan pergerakan seluruh negara di Thailand berikutan wabak terbaru itu.
Bagi membendung penularan COVID-19 secara efektif, semua wilayah dikategorikan kepada empat, iaitu amat terkawal (kawasan dengan jumlah jangkitan yang tinggi - Samut Sakhon), terkawal (lebih 10 kes disahkan), di bawah pengawasan tinggi (kawasan dengan jumlah kurang daripada 10 orang dijangkiti dan dapat mengawal keadaan) dan berada di bawah pengawasan (tidak ada kes yang dilaporkan).
Gabenor wilayah berkuasa mengeluarkan perintah untuk melarang kegiatan tertentu dan menyekat pergerakan orang dalam usaha menyekat penyebaran COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 25 2020
Wabak COVID-19 terbaru di Thailand telah merebak ke sekurang-kurangnya 31 wilayah dan lebih 1,300 kes dilaporkan ada kaitan dengan sebuah pasar makanan laut di wilayah barat daya Samut Sakhon. - Gambar fail/REUTERS
Rakyat Palestin alu-alukan waran tangkap ICC ke atas Netanyahu, Gallant
Menurut Hamas, waran untuk pemimpin Israel "langkah penting ke arah keadilan dan boleh membawa kepada pembebasan mangsa secara umum."
Amerika Syarikat tolak waran tangkap ICC untuk Netanyahu, Gallant - White House
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, luah kebimbangan Amerika terhadap sikap tergesa-gesa Pendakwa Raya mendapatkan waran tangkap dan kesilapan proses yang membawa kepada keputusan ini.
Napie Spider meninggal dunia pada usia 51 tahun
Pemain gitar utama kumpulan Spider menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pada pukul 3.54 pagi tadi.
Bersih puji reaksi positif Perdana Menteri terima gred D
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan Perdana Menteri.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.