SEOUL: Korea Selatan akan memulakan tahun persekolahan baharu menerusi kelas dalam talian bermula 9 April ini.
Perdana Menterinya, Chung Sye-Kyun berkata, langkah itu diambil berikutan penularan wabak COVID-19 sehingga menjejaskan sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada awal Mac lalu.
"Kerajaan tidak pernah menjangkakan untuk melaksanakan kelas dalam talian di peringkat sekolah dan ia juga tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya seperti dipetik The Horea Herald pada Selasa.
Chung berkata, sesi persekolahan telah ditangguh sebanyak tiga kali sebelum ini kerana risiko berlaku penularan wabak berkenaan di sekolah.
"Kerajaan telah membuat kajian tentang pelaksanaan sesi persekolahan dalam talian ini dan ia boleh dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk persediaan akaun (portal dalam talian) pelajar selain mengetengahkan penyesuaian pelajar terhadap pelaksanaan kelas ini.
"Semua pelajar juga perlu diberi akses komputer dan Internet yang stabil bagi melancarkan sesi persekolahan berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, Chung berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan peperiksaan untuk kemasukan kolej negeri yang dijadualkan bermula pada 19 November depan juga akan ditangguhkan.