Korea Selatan kini mencatatkan 556 kes dan sekurang-kurangnya empat orang mangsa telah meninggal dunia.
Sejumlah 123 kes baharu dilaporkan di mana 93 mangsa berasal dari bandar Daegu di mana menjadi lokasi pertama berlakunya penularan wabak COVID-19.
Terdahulu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea berkata 87 pesakit baharu disahkan dengan koronavirus sehingga 22 Februari.
BACA : COVID-19: Iran sahkan kematian kelima
BACA : Koronavirus: 96 kematian, 630 kes baharu di Hubei
Wabak COVID-19 telah meragut lebih 2462 nyawa di seluruh dunia.