COVID-19, penyakit yang disebabkan oleh novel koronavirus telah menjadi punca kematian utama di Amerika Syarikat (AS) sejak 7 April.

Menurut laporan AS, virus itu membunuh lebih daripada 1,800 rakyat AS setiap hari sejak 7 April lalu dengan jumlah maksimum yang maut pernah melepasi angka 4,000 kes.

Menurut laporan The New York Times, sebagai perbandingan, penyakit jantung biasanya membunuh 1,774 rakyat AS sehari manakala kanser 1,641 kes.

Satu lagi laporan AS dari doktor di Hospital Besar Massachusetts berkata, mereka menemui bukti terdapat penyebaran pada skala yang besar di bandar kecil Boston, di Chelsea.

Hampir 1/3 daripada 200 penduduk Chelsea yang menjalani ujian antibodi mempunyai kaitan dengan virus tersebut.

Laporan itu menunjukkan bahawa virus itu telah tersebar luas daripada yang disangka.