JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 152 juta berikutan lebih 800,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.4 juta kes.
Ini diikuti India dengan 19.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 14.72 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis, sementara Turki, Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.
Sepanyol dan Jerman pula melebihi 3 juta kes.
Argentina, Colombia, Poland, Iran dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.
Afrika Selatan, Indonesia, Peru, Kanada, Chile, Romania dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Jepun, Arab Saudi, Panama, Slovakia dan Malaysia.
Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.19 juta kes.
Ia selepas ribuan kematian global direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 575,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 401,000 kes, Mexico lebih 216,000 kes, India, United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.
Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukraine dan Turki.
Selain itu, Romania, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Astro Awani
Sun May 02 2021
Seorang wanita dilihat menangis di tempat membakar mayat di Jammu, India selepas ahli keluarganya meninggal dunia akibat COVID-19. - Foto AP Newsroom
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.