ATHENS: Suntikan vaksinasi terus giat dijalankan di Greece setelah jumlah kes baharu COVID-19 meningkat dua kali ganda di negara itu.

Pakar kesihatan dikhabarkan mengadakan pertemuan secara mengejut pada Rabu bagi membincangkan keperluan untuk mempercepatkan sekatan keselamatan.

Menurut Kementerian Kesihatannya, sebanyak 21,657 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, berbanding angka pada hari sebelum iaitu 9,284 kes.

Mereka turut mengesahkan peningkatan itu adalah disebabkan penularan varian Omicron.

Kementerian juga memberi bayangan bahawa sekatan-sekatan baharu bakal dilaksanakan pada 3 Januari depan.

Selain penggunaan semula pelitup muka di tempat-tempat awam, pusat hiburan juga akan ditutup serta kapasiti terhad bagi pengunjung di stadium.

Antara lain pelaksanaan semula kerja dari rumah buat kakitangan kerajaan.