Doktor menyambung semula tangan seorang polis yang putus semasa diserang di dalam langkah kuatkuasa kawalan COVID-19 di sini.

Serangan itu terjadi kepada Sub-inspektor Harjeet Singh pada Ahad yang kini sedang pulih kerana menerima rawatan di hospital.

Sebelas orang, yang dilaporkan dari Nihang Sikh, telah ditangkap berkaitan serangan itu.

Seluruh India kini berada dalam situasi lockdown sehingga 15 April sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghentikan penularan pandemik COVID-19.

Doktor berkata, pembedahan itu sangat rumit dan mencabar tetapi Harjeet diyakini akan pulih sepenuhnya.


Ketua Menteri Punjab, Amarinder Singh turut mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan.

Harjeet dilaporkan telah menegur penyerangnya kerana melanggar arahan lockdown.

Selepas serangan ke atas polis, lelaki itu melarikan diri ke sebuah kampung berhampiran dan berlindung di sebuah rumah ibadah atau kompleks Gurdwara.

Mereka juga dilaporkan enggan menyerah diri dan menembak polis tetapi akhirnya keluar dari Gurdwara berkenaan selepas sepasukan bantuan polis tiba.


Kumpulan itu dituduh dengan tiga kes percubaan berasingan pembunuhan, kecederaan yang menyakitkan dan serangan ke atas seorang penjawat awam.

Beberapa kumpulan Sikh termasuk Nihangs turut mengecam kejadian itu.

Serangan di Punjab dilihat antara yang paling kejam sehingga video yang memuatkan rakaman anggota polis meminta rakan-rakan mereka membantu turut ditularkan di media sosial.