ARAB Saudi sudah melengkapkan persiapan untuk menerima jemaah haji tahun ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi memastikan jemaah selamat dari COVID-19.
Hanya 60,000 jemaah dibenarkan tahun ini daripada hampir setengah juta pemohon.
Salah seorang ketua pengarah sebuah syarikat yang mengendalikan jemaah haji memaklumkan jemaah disaring mengikut beberapa ketetapan termasuk keadaan kesihatan dan usia mereka.
Ia termasuk keperluan melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, bebas daripada sebarang penyakit kronik, dan berusia di antara 18 dan 65 tahun.
"Pastinya ibadah haji tahun adalah berbeza dan luar biasa.
"Tiada jemaah boleh masuk ke Tanah Suci kecuali melalui empat pusat penerimaan yang ditetapkan kementerian iaitu al-Zaidy (al-Awali), al-Naseem (al-Hada), al-Sharaei dan al-Nouriya.
"Juga jemaah tidak boleh memasuki kawasan khemah kecuali menggunakan pagar pintar yang telah pihak kementerian (haji dan umrah) tetapkan menggunakan kad pintar.
Terdapat kira-kira setengah juta permohonan tetapi kerajaan menetapkan untuk meluluskan hanya 60,000 dengan langkah berjaga-jaga yang ketat.
"Keutamaan diberikan oleh pihak kementerian adalah untuk melindungi kesihatan jemaah dan telah menetapkan beberapa prasyarat termasuk kesihatan, umur, dan sama ada mereka bebas daripada sebarang penyakit kronik.
"Juga, tahun ini adalah berbeza dari tahun sebelumnya daripada segi makanan, semuanya telah disediakan lebih awal," katanya.
Tahun ini, kad pintar akan digunakan oleh semua jemaah dan petugas untuk memberikan akses kepada perkhidmatan yang disediakan, kawasan khemah, hotel dan pengangkutan.
Astro Awani
Tue Jul 13 2021
Arab Saudi sudah melengkapkan persiapan untuk menerima jemaah haji tahun ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi memastikan jemaah selamat dari COVID-19. -Gambar fail
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.
Arab Saudi hantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan
Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menghantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan pada Sabtu.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
Arab Saudi mulakan pembinaan Mukaab
Media antarabangsa melaporkan projek bernilai $50 billion (RM237.5 billion) itu dijangka siap sepenuhnya pada 2030.
Kelayakan Piala Dunia: Roberto Mancini, Arab Saudi berpisah
Mancini bergelut untuk memberikan impak sepanjang peranannya sebagai ketua jurulatih apabila hanya memenangi tujuh daripada 18 perlawanan.
WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.
Arab Saudi menyumbang kepada sokongan UNRWA untuk pelarian Palestin
Kerajaan Arab Saudi komited sokong perjuangan Palestin dan membolehkan UNRWA melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian Palestin.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.