SYARIKAT penerbangan gergasi Eropah, Airbus mengumumkan akan membuang 15,000 pekerja yang berpusat di Eropah berikutan kesulitan kewangan kesan daripada pandemik COVID-19.
Airbus akan membuang 5,000 pekerja di Perancis, 5,100 di Jerman, 1,700 di Britain, 900 di Sepanyol dan 1,300 lagi di lokasi lain.
Syarikat itu menyatakan mahu memulakan pemotongan pekerjaan dalam beberapa bulan, mulai musim luruh ini, dengan fokus kepada pemberhentian secara sukarela dan persaraan awal.
Bagaimanapun, pekerjaan utama turut akan termasuk dalam senarai pemberhentian kerja.
Aktiviti perniagaan komersial Airbus telah menjunam hampir 40 peratus ketika wabak itu melanda yang menyebabkan sempadan ditutup, menghentikan operasi industri pelancongan dan menumbangkan pemain industri serta pesaingnya Boeing.
Susulan itu, Airbus dijangka akan dicabar oleh pihak kerajaan dan kesatuan pekerja seperti mana pelan penstrukturan semula pada 2008 menyaksikan protes dan mogok pekerja.
“Jumlah pemotongan pekerjaan yang diumumkan Airbus adalah keterlaluan,” kata satu sumber daripada Kementerian Kewangan Perancis kepada Reuters.
“Kami berharap Airbus akan menggunakan sepenuhnya semua peralatan yang disediakan kerajaan supaya dapat kurang menghentikan pekerja.”
Dalam perkembangan lain, syarikat penerbangan tambang murah EasyJet akan menutup pangkalannya di Lapangan Terbang Stansted, Southend dan Newcastle di England ketika berunding bersama kesatuan mengenai langkah-langkah bagi bertahan ketika pandemik ini.
Agensi
Tue Jun 30 2020

Aktiviti perniagaan komersial Airbus menjunam hampir 40 peratus ketika wabak COVID-19 melanda. REUTERS/Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, hab MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pesawat Hawaiian Airlines berpatah balik selepas asap memasuki kokpit
Hawaiian Airlines memaklumkan bahawa asap itu tidak kelihatan dan menggambarkannya sebagai wap.

Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin dan kokpit
Pesawat Airbus milik syarikat penerbangan SWISS yang dalam perjalanan dari Bucharest ke Zurich pada Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas.

Perkhidmatan terbaik bakal jadikan Malaysia peneraju sektor penerbangan - Loke
Loke berkata MAG memainkan peranan besar dalam menjadikan KLIA hab penerbangan utama dunia.

Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.

Asia Pasifik perlukan 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun - Airbus
Airbus mengunjurkan sektor penerbangan Asia Pasifik memerlukan kira-kira 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.

Sayap dua pesawat Japan Airlines berlanggar di Lapangan Terbang Haneda
Tiada kecederaan dilaporkan, namun penerbangan 503 menuju ke Lapangan Terbang Chitose Baru di Hokkaido, Sapporo telah dibatalkan.

Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.