LEBIH 6.34 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi selasa.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan sebanyak 926 juta dos dan Amerika Syarikat dengan lebih 397 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 243 juta dos sementara Jepun melebihi 170 juta.

Sementara itu, Turki, Jerman dan Mexico merekodkan jumlah vaksin didaftarkan melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 150 juta dos vaksin didaftar.

Ia diikuti Thailand dengan lebih 56 juta dos, Filipina dan Malaysia lebih 45 juta, manakala Singapura lebih 9 juta.