BEIJING: Rakyat di sebuah wilayah di Beijing yang mempunyai populasi penduduk sehingga 2 juta, diarah menjalani ujian saringan besar-besaran menjelang persediaan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan bermula bulan depan.

Tindakan sama turut dilaksanakan di beberapa daerah berdekatan Beijing selepas beberapa kes jangkitan dikesan sebelum ini.

Kerajaan menggesa orang ramai di ibu kota yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti itu untuk tidak meninggalkan bandar tersebut.

Ia selepas 25 kes positif disahkan di daerah Fengtai dan 14 lagi kes di daerah lain di China.

Acara Olimpik Musim Sejuk itu bakal diadakan dengan kawalan ketat seperti pengasingan atlet, sukarelawan dan pihak media daripada penduduk.

China merekodkan 2,754 kes aktif setakat ini dan telah melaporkan 105,660 kes COVID-19 dengan 4,636 kematian pada Isnin.