Memasuki minggu ketiga fasa dua pembukaan semula ekonomi, Singapura pada Sabtu melaporkan 185 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan sembilan kes dalam komuniti.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik berkenaan sebanyak 44,664 kes.
Menurut data ringkas yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH), kes komuniti melibatkan empat rakyat Singapura atau penduduk tetap dan lima pemegang pas pekerja.
Sebagai tambahan, terdapat satu kes import membabitkan penduduk tetap Singapura yang ditempatkan di bawah Notis Duduk Rumah sebaik tiba di negara ini manakala baki kes baharu melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama, menurut kementerian itu.
Menurut data lengkap yang dikeluarkan semalam, Singapura mengklasifikasikan 1,911 daripada kes dikaitkan dengan komuniti, 590 sebagai kes import dan 41,978 membabitkan pekerja asing di asrama.
Setakat tengah hari Jumaat, 39,769 atau kira-kira 89 peratus pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.
Terdapat 223 kes disahkan masih berada di hospital semalam, dengan satu dirawat di unit rawatan rapi, menurut kementerian itu.
Kenyataan itu menambah bahawa 4,461 pesakit yang mempunyai gejala sederhana atau secara klinikal sihat tetapi masih diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Setakat ini, 26 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19, dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.
Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020

Singapura mengklasifikasikan 1,911 daripada kes dikaitkan dengan komuniti, 590 sebagai kes import. -Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pencemaran bau kimia: 143 kes terima rawatan setakat ini - Dr Dzulkefly
Sebanyak 143 kes gejala ringan seperti loya dan pening dilaporkan susulan insiden pencemaran bau di beberapa kawasan di sekitar Johor Bahru setakat ini.

Kes demam denggi meningkat 14.6 peratus pada ME ke-19, dua kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 41,175 kes berbanding 14,724 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Indeks jenayah Sabah meningkat 22.06 peratus hingga Julai
Sabah menduduki tangga keempat tertinggi berbanding negeri lain untuk perbandingan sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

COVID-19: Jumlah kes baharu meningkat, kematian catat penurunan minggu lepas - Dr Noor Hisham
Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-24 dari 12 hingga 18 Jun meningkat sebanyak 27.9 peratus berbanding pada minggu sebelumnya.

COVID-19: 1,482 kes baharu, Selangor masih catat kes tertinggi
Selangor mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 661 kes diikuti Pulau Pinang 200 kes dan Sarawak 176 kes.

COVID-19: Jumlah kes baharu global menurun untuk minggu keempat
Lebih 3.1 juta kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia minggu lalu, kes terendah sejak 26 Oktober 2020.

COVID-19: Lebih 4,000 kes baharu, kes aktif kini lepasi 41,000
Daripada jumlah tersebut, 4,003 adalah jangkitan tempatan membabitkan 2,802 di kalangan warganegara dan 1,201 bukan warganegara.

871 kes baharu COVID-19, tertinggi dalam sejarah
Kes COVID-19 terus menunjukkan trend membimbangkan apabila 871 kes positif dicatatkan pada Ahad, tertinggi dalam sejarah penularan virus itu dalam negara.

Pulau Pinang rekod lonjakan kes antara tumpuan KP Kesihatan hari ini
Pulau Pinang merekodkan lonjakan kes COVID-19 dengan 141 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

COVID-19: 185 kes baharu di Singapura, sembilan kes dalam komuniti
Memasuki minggu ketiga fasa dua pembukaan semula ekonomi, Singapura hari ini melaporkan 185 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan sembilan kes dalam komuniti.