DUBAI: Jurang teknologi dan kewangan antara negara maju dan negara membangun perlu dikurangkan bagi memastikan semua negara mendapat akses yang saksama untuk penyelesaian tenaga hijau dengan kos yang berpatutan.

Yang di-Pertuan Agong, Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah demikian ketika merasmikan Pavilion Malaysia di Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Dalam titah perasmian itu juga, Seri Paduka Baginda juga mengulangi tekad negara dalam mengatasi isu pemanasan global dengan memberikan penekanan terhadap pengurusan pelepasan karbon dari sektor tenaga dan industri.

Tambah baginda, sektor-sektor tersebut menyumbang kepada majoriti jumlah karbon negara.

Titah baginda, negara juga konsisten dengan komitmen yang dimeterai sejak Persidangan Rio 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan tanah negara di dengan hutan dan penutup pokok.

Dalam majlis yang sama juga, Seri Paduka turut menyaksikan majlis pertukaran dokumen berkaitan pelaburan sebanyak AS$8 bilion oleh Masdar UAE dalam tenaga boleh diperbaharu di Malaysia.