KETIKA cara pelancaran Surface tiga minggu lalu, Microsoft memperlihatkan ciri Recall membolehkan komputer Copilot+ PC mengingati kesemua aktiviti yang dilakukan pengguna. Ia dilihat sebagai alat yang akan dapat menyelesaikan masalah pengguna lupa di mana fail disimpan, carian yang pernah dilakukan dan laman yang dilawati.
Tetapi kini Kevin Beaumont, seorang pakar sekuriti siber yang pernah bertugas di Microsoft mengatakan beliau menemukan beberapa risiko sekuriti serius selepas mencuba Recall. Menurut beliau kesemua maklumat yang dikesan pada tangkapan layar oleh Recall disimpan pada komputer dalam bentuk pangkalan data SQLite yang tidak disulitkan oleh Windows 11.
Lebih serius menurut beliau jika anda menghantar mesej yang sepatutnya dipadam, Recall tidak akan memadam tangkapan layar yang telah diambil ketika sesi menggunakan aplikasi pemesejan tersebut. Sekiranya data SQLite ini dapat diakses oleh pihak tertentu, ia dengan mudah mendedahkan pelbagai aktiviti pengguna dan sekali gus adalah risiko sekuriti yang serius.
Secara lalai Recall diaktifkan pada semua Copilot+ PC tetapi boleh dipadamkan oleh pengguna. Pengguna juga diberikan kuasa untuk menghadkan apakah yang boleh dirakam oleh Recall. Namun begitu menu untuk menyahaktifkannya tidak mudah dijumpai.
Berita baik di sini ialah pada ketika ini Recall masih belum ditawarkan kepada semua pengguna dan terhad kepada Copilot+ PC dengan cip Snapdragon X Elite dan X Plus sahaja. Ia hanya akan diberikan kepada PC dengan cip AMD Ryzen AI 300 yang belum dijual. Kepada pengguna Windows 11 lain, ciri ini tidak akan diberikan kerana komputer anda tidak mempunyai NPU dengan kemampuan Ai yang mencukupi.
Sumber: Kevin Beaumont
Amanz
Tue Jun 04 2024
Ketika ini, Recall masih belum ditawarkan kepada semua pengguna dan terhad kepada Copilot+ PC dengan cip Snapdragon X Elite dan X Plus sahaja. - Foto Amanz
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
4 pengeluar kereta di Korea Selatan panggil balik 457,000 kenderaan
Empat pengeluar kereta tempatan dan asing di Korea Selatan akan memanggil semula 457,000 kenderaan kerana kecacatan pengeluaran.