BEIJING: Seorang wanita China telah menjadi individu pertama yang maut akibat sejenis selesema burung yang jarang ditemui pada manusia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagaimanapun mengesahkan mutasi virus itu didapati tidak merebak antara manusia.
Wanita berusia 56 tahun dari wilayah selatan Guangdong itu adalah individu ketiga yang diketahui dijangkiti virus selesema burung H3N8.
Kesemua kes itu berlaku di China dengan dua kes pertama dilaporkan tahun lepas.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Wilayah Guangdong melaporkan jangkitan ketiga lewat bulan lalu tetapi tidak memberikan butiran kematian wanita itu.
Menurut WHO, pesakit itu mempunyai pelbagai kondisi asas dan sejarah pendedahan kepada ayam hidup.
Jangkitan sporadik pada individu yang menghidap selesema burung adalah perkara biasa di China dengan virus selesema burung sentiasa beredar dalam populasi besar ayam dan burung liar.
WHO berkata, sampel yang dikumpul dari pasar basah yang dilawati wanita itu sebelum dia jatuh sakit adalah positif influenza A(H3).
Walaupun jarang berlaku pada manusia, H3N8 biasa ditemui pada burung di mana ia menyebabkan sedikit atau tiada tanda penyakit malah ia juga telah menjangkiti mamalia lain.
Jelas WHO, tiada kes lain ditemui dalam kalangan kenalan rapat wanita yang dijangkiti itu.
WHO memberitahu, berdasarkan maklumat yang ada, virus itu tidak mempunyai keupayaan untuk merebak dengan mudah dari manusia ke manusia.
Sehubungan itu, risiko ia merebak dalam kalangan manusia di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa dianggap rendah.
Pemantauan semua virus selesema burung dianggap penting memandangkan keupayaan ia berkembang dan menyebabkan wabak.
Astro Awani
Thu Apr 13 2023
Menurut WHO, pesakit itu mempunyai pelbagai kondisi asas dan sejarah pendedahan kepada ayam hidup. - Gambar hiasan/REUTERS
PDRM tawar pengurangan saman di semua balai polis bulan depan
PDRM akan memperluaskan diskaun saman di balai-balai seluruh negara bermula Disember 2024.
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Budak perempuan di Kemboja dijangkiti selesema burung, 7 kes disahkan setakat ini
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selesema burung H5N1.
Selesema burung dikesan di ladang keenam di Victoria Australia
Pihak berkuasa tempatan di negeri Victoria, Australia melaporkan bahawa virus selesema burung telah dikesan di ladang keenam, yang sudah dalam kuarantin.
Kes jangkitan selesema burung pada manusia dilaporkan di India
Pada 22 Mei, WHO menerima laporan mengenai kes jangkitan virus selesema burung A (H9N2) membabitkan manusia di negeri Bengal Barat.
Virus selesema burung landa Antartika, penguin terjejas
Penyakit itu mula dikesan di tanah besar benua beku itu bulan lalu dan sejak itu dikesan dalam populasi burung penguin dan kormoran.
Selesema burung dikesan di rantau Antartika buat kali pertama
Para saintis bimbang wabak Influenza Burung Sangat Patogenik (HPAI) yang paling teruk dalam sejarah akan sampai ke Antartika.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
20 kucing mati di Poland akibat wabak selesema burung
WHO menilai risiko jangkitan sebagai rendah secara umum dan rendah hingga sederhana untuk pemilik haiwan dan pekerja penjagaan haiwan.
WHO beri amaran penularan berterusan selesema burung berisiko kepada manusia
WHO memberi amaran kepada masyarakat global bahawa selesema burung semakin menular menjangkiti mamalia, sekali gus menimbulkan risiko lebih tinggi kepada manusia.
China rekod kematian manusia pertama akibat selesema burung H3N8
Seorang wanita China telah menjadi individu pertama yang maut akibat sejenis selesema burung yang jarang berlaku pada manusia.