BEIJING: China dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu, ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomas Massa ke Beijing.
Argentina telah menyertai BRI pada Februari tahun lalu dan jumlah negara di Amerika Latin yang mengambil bahagian dalam BRI direkodkan sebanyak 21 buah.
Dalam tempoh sedekad ini juga, China berjaya mengekalkan kedudukannya secara berturut-turut sebagai rakan dagang kedua terbesar untuk negara-negara Amerika Latin, dengan perdagangan kedua-dua pihak turut mencipta rekod pada 2022 apabila mencatatkan jumlah sebanyak AS$485.79 bilion (RM2.24 trlion).
Kejayaan itu menjadi bukti kepada pembinaan bersama BRI yang terus menjana jumlah perdagangan kedua-dua pihak dan negara di Amerika Latin pada masa sama turut mendapat laba daripada pertumbuhan ekonomi China.
Berikutan beberapa projek kerjasama di bawah kerangka BRI turut terletak di kawasan-kawasan terpencil di negara-negara Amerika Latin, pelaksanaannya dilihat terus merancakkan pembangunan setempat dan penyediaan peluang pekerjaan sehingga meningkatkan taraf hidup penduduk.
BRI antara lain turut menyuntik momentum baharu kepada pembangunan di Amerika Latin bagi memperkukuh kemampuan negara-negara terlibat.
Antaranya, pembinaan infrastruktur model baharu sedang menjadi titik baharu dalam kerjasama dua hala.
Mempunyai kelebihan dalam teknik dan pengalaman melalui kerjasama BRI, China telah mendorong pembangunan kerjasama yang berkualiti tinggi dalam bidang ekonomi hijau, ekonomi digital serta sains dan teknologi tinggi, secara tidak langsung menjadi enjin baharu kepada transformasi dan pembangunan rantau Amerika Latin.
Sebagai pelopor BRI yang memasuki ulang tahun ke-10 pada tahun ini, China sedang mendorong modenisasi ala China dengan pembangunan berkualiti tinggi dan diyakini akan membawa lebih banyak peluang kepada pelbagai negara di dunia termasuk negara-negara Amerika Latin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023
Perdagangan kedua-dua pihak turut mencipta rekod pada 2022 apabila mencatatkan jumlah sebanyak AS$485.79 bilion (RM2.24 trlion). - Foto REUTERS
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Whastapp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
PR1MA: Projek sakit dijangka siap menjelang hujung tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ atau bermasalah di seluruh negara akan disiapkan menjelang hujung tahun ini.
John Legend sifatkan Siti Nurhaliza, Yura Yunita penyanyi hebat, teruja ditemani di konsert
John Legend teruja dengan kehadiran Siti dan Yura, dan akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People, dan Tonight.
Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.
Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.
Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.
Paris 2024: Almada, Echeverri temui sasaran tetapi Argentina sekadar naib juara Kumpulan B
Argentina antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas ketiga mereka dalam temasya itu dan mereka jelas menyinar pada edisi kali ini.
Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.
Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.
Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium
CONMEBOL mengumumkan, sepak mula ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.
Copa America: Scaloni pertahan tindakan pemain Uruguay, risau keselamatan aksi final
Lionel Scaloni, berkata, dia memahami reaksi pemain Uruguay yang menceroboh di tempat penonton untuk melindungi ahli keluarga mereka selepas separuh akhir Copa America antara Uruguay dan Colombia.
Messi harap Di Maria ledak gol sebelum bersara
Lionel Messi berharap Angel Di Maria menamatkan karier antarabangsanya dengan menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Copa America menentang Colombia pada Isnin.
Copa America: Argentina rehatkan Lionel Messi jumpa Peru
LIONEL Messi akan direhatkan sempena pertemuan Argentina dengan Peru dalam Copa America, pagi esok, sementara hukuman penggantungan menafikan kelibat ketua jurulatih, Lionel Scaloni, di tepi padang.