Cermin hadapan pesawat Airbus A380 dalam perjalanan dari Guangzhou di wilayah Guangdong ke Beijing retak seribu akibat ditimpa hujan batu dalam kejadian pada Ahad lalu.
China Southern Airlines menerusi akaun Weibo memaklumkan tiada penumpang cedera dalam kejadian itu dan pesawat CZ3101 terbabit mendarat dengan selamat di ibu negara.
“Cermin hadapan pesawat A380 itu adalah setebal tiga lapis dan hanya bahagian luar yang retak,” ujar syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
Seorang penumpang mendakwa berlaku pergolakan udara luar biasa ketika pesawat itu mahu mendarat, namun kru penerbangan berjaya mengawal situasi dengan tenang.
“Kami hanya mengetahui tentang keadaan selepas turun dari pesawat,” katanya.
Mei tahun lalu, pesawat Sichuan Airlines dalam perjalanan dari Chongqing ke Tibet terpaksa mendarat cemas di Chengdu selepas cermin hadapannya retak.
Ketika kejadian itu, pembantu juruterbang turut cedera dan hampir disedut keluar dari kokpit manakala 29 daripada 119 penumpang dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. - Agensi
Agensi
Tue May 28 2019

Dalam kejadian itu, pembantu juruterbang turut cedera dan hampir disedut keluar dari kokpit manakala 29 daripada 119 penumpang dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. - Foto Agensi

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

COVID-19: Pesawat tersadai di darat, tak ubah seperti burung patah sayap
Pemilik terpaksa menanggung pelbagai kos penyimpanan, pengendalian dan pengurusan menanti masa ruang udara dibuka semula.

Thomas Cook - Tugas beres, terima kasih MH
Sumbangan Malaysia Airlines jayakan usaha membawa pulang ratusan ribu pelanggan pulang ke United Kingdom.

Thomas Cook kandas - MH A380 bergegas
Airbus MAS antara pelbagai pesawat terlibat dalam Operasi Matterhorn membawa puluhan ribu warga UK terbang pulang selepas syarikat Thomas Cook gulung tikar.

Cermin pesawat retak seribu ditimpa hujan batu
Cermin hadapan pesawat Airbus A380 dalam perjalanan dari Guangzhou di wilayah Guangdong ke Beijing retak seribu akibat ditimpa hujan batu dalam kejadian pada Ahad lalu.