"APABILA saya menyentuh tangan ibu, saya merasakan Ghana,” kata Lawrencia Atakora dengan sebelah tangannya menjulur ke belakang seolah-olah hendak memegang tangan ibunya.
“Tetapi apabila anak lelakiku menyentuh aku, dia merasakan D.C.”
Lahir di Washington D.C (atau hanya D.C.), kedua-dua orang tua Lawrencia warga Ghana. Datuk Lawrencia telah membawa keluarga itu ke Amerika Syarikat untuk lari daripada kekacauan politik di tanah air ketika ibunya hanya berumur 17 tahun.
Keluarga Lawrencia berkenalan sejak kecil dan berkahwin apabila ibunya pulang seketika ke Ghana semasa berusia dalam 20-an. Bagaimanapun, oleh sebab ayahnya tidak dapat melengkapkan dokumen penting untuk datang ke Amerika, mereka bercerai tidak lama selepas Lawrencia lahir.
Lawrencia bersekolah di Washington D.C. dan di Accra, tempat ayahnya tinggal sampai ke hari ini — berulang-alik merentas Atlantik sepanjang zaman kanak-kanaknya.
“Keadaan agak berbahaya di D.C. pada masa itu. Di setiap ceruk, ada kumpulan samseng, dadah dan saya boleh dengar bunyi tembakan pada waktu malam. Ibu terpaksa bekerja sepanjang masa dan saya terpaksa pulang dari sekolah dan tinggal di rumah seorang diri.
“Tinggal di Ghana sangat berbeza. Ada orang jemput pulang dari sekolah, selalu ada keluarga di samping. Saya rasa selamat,” ujarnya.
Dia bangga dengan darah keturunan Ghana yang ada padanya (“Tidak ada masakan ikan Ghana yang saya tidak boleh masak!”) tetapi akur dengan keberadaannya sebagai orang Amerika.
“Sebagai kanak-kanak, saya anggap sayalah tafsiran kepada Afrika Amerika. Tetapi kemudiannya saya dapat tahu bukan itu sebenarnya apabila saya dibuli oleh anak-anak kulit hitam yang lain.
“Saya hanyalah minoriti dalam sebuah kelompok minoriti,” keluhnya.
BACA: Ceritalah USA - Alyiah Al Bonjim
BACA: Ceritalah USA: Zachary Shinske, si anak kampung
BACA: Ceritalah USA: Menjadi warga Texas - Giovanni Vidana
Ada lebih kurang 120,000 warga Ghana Amerika di negara ini, dan lebih 3 juta rakyat Amerika berketurunan Afrika. Daripada jumlah itu, 18 juta lahir di luar negara kebanyakannya berasal dari Nigeria, Habsyah, Mesir, Ghana dan Kenya.
Saya bertembung sendiri dengan diaspora yang pelbagai ini kerana kebanyakan pemandu Uber yang saya temui adalah orang Sudan, Habsyah, Senegal, Eritrea dan banyak lagi.
Saya kemudiannya belajar bahawa kebanyakan orang Habsyah ada di Washington D.C. manakala Houston menempatkan paling banyak warga Nigeria.
Lawrencia graduan Pembangunan Manusia dari Trinity University yang sedang menamatkan MBA dan memohon masuk ke jurusan undang-undang. Dia juga bekerja di sebuah firma penyelidikan pengguna serta felo kepimpinan di sebuah kumpulan pemikir liberal, Center for American Progress.
Dia juga ibu kepada seorang anak lelaki berumur enam tahun. Semua itu dia lakukan ketika umurnya baru saja 27 tahun.
“Saya sukakan cabaran. Saya mahu membuktikan kepada diri sendiri yang walaupun saya ada anak pada usia muda, saya masih boleh capai apa yang saya mahu. Anak sayalah yang jadi sumber inspirasi dan menjadikan hidup ini bermakna.
“Membesarkan dia membantu saya menyelaraskan semangat aktivisme dan politik saya,” katanya.
Ditanya apakah impian untuk anaknya, dia menjawab: “Saya mahu dia dihormati dan dilayan dengan saksama. Saya harap dia mendapat peluang yang sama seperti rakan-rakannya yang berkulit putih. Hakikat dia seorang budak kulit hitam di Amerika sahaja sudah menjadikan dia dipandang dengan tanggapan tertentu.”
Dia mengenang ketika lamaran pekerjaannya di sebuah firma guaman ditolak kerana dia dikatakan ‘terlalu serius’ walaupun dia mendapat markah tertinggi semasa proses temuduga.
Dia kemudiannya dapat tahu daripada kawannya bahawa ‘terlalu serius’ itu adalah kod untuk orang kulit hitam.
“Orang seperti saya selalunya suka dikenali sebagai orang Afrika, bukannya Afrika Amerika atau kulit hitam. Malah, kumpulan pendatang yang lain pun melihat orang kulit hitam sebagai yang paling tidak berguna,” kata Lawrencia merujuk kepada pengalamannya melihat bagaimana orang Haiti, Dominica dan Afrika yang lain dirujuk sebagai kulit putih dalam penyelidikan pasaran dan pengguna.
“Membesar di D.C., kami berdepan dengan ‘terjahan', iaitu apabila polis meronda dengan kereta biasa, menerjah dan menakutkan kumpulan remaja ketika kami sedang melepak. Saya tahu mereka secara terang-terang menyasarkan remaja kulit hitam kerana ia tidak berlaku di kawasan majoriti kulit putih di pinggir bandar Maryland tempat sepupu saya membesar.
“Saya tidak fikir ada kesatuan dalam masyarakat kita. Saya tidak puas hati kerana itulah caranya kita menggambarkan diri kita kepada dunia. Ada dongeng perpaduan apabila Obama terpilih. Kelompok-kelompok yang berbeza bersatu atas isu-isu yang berbeza,” katanya.
BACA: Ceritalah USA: Industri teknologi perlu dimensi kemanusiaan
BACA: Ceritalah USA: Filipino Amerika sebagai kuasa baru
BACA: Ceritalah USA: Quinn Dang: Menjadi Orang Amerika
Laporan sebelum hari pemilihan menunjukkan jumlah pengundi awal dalam kalangan warga kulit hitam sangat rendah, dianggarkan hanya 16 peratus daripada keseluruhan undi awal berbanding 25 peratus pada 2012. Rendahnya jumlah pengundi dalam kalangan warga Afrika Amerika ini dikatakan salah satu punca kekalahan Hillary Clinton.
Sesetengah warga Afrika Amerika yang saya temui di lapangan menyalahkan hal itu kepada Presiden Obama dan menyebabkan hilang keyakinan kepada parti Demokrat.
“Ada persepsi dalam masyarakat bahawa Obama tidak buat apa-apa untuk kami tetapi beliau bukan presiden kepada orang kulit hitam sebaliknya presiden Amerika Syarikat.
“Obama melakukan banyak perkara yang memberi manfaat kepada masyarakat seperti Obamacare. Banyak orang tidak faham halangan-halangan yang beliau hadapi,” katanya merujuk kepada Kongres yang dikuasai oleh Republikan.
“Apa yang mengecewakan saya tentang kempen Republikan ialah ia dibangunkan daripada pembohongan. Sama macam apabila seorang lelaki memberitahu seorang perempuan semua yang perempuan itu mahu dengar pada temujanji pertama, supaya dia boleh ikut balik ke rumah perempuan itu kemudiannya.
“Republikan main kotor dan Demokrat tidak tahu bagaimana — mereka lebih peduli untuk lakukan perkara yang betul dari segi politik. Tidak kiralah bagaimana mereka mahu nampak betul, calon Demokrat tetap dilihat sebagai tidak jujur.
“Donald Trump buat apa yang diperlukan untuk menang dengan mengorbankan kemajuan yang telah kita capai.”
Apakah yang dia harapkan daripada kerajaan baru Republikan?
“Saya tidak yakin mereka ada kemahuan untuk mengutamakan kepentingan rakyat. Saya tahu ini salah tetapi saya berharap mereka gagal.”
Karim Raslan
Mon Nov 21 2016
Lawrencia Atakora antara lain kecewa dengan tanggapan terhadap golongan minoriti dalam golongan minoriti itu sendiri.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
Ceritalah USA: Masyarakat Afrika-Amerika dan peralihan kepada Trump
Dilema Andy Russell, masyarakat Afrika-Amerika dan peralihan kepada Trump.
Ceritalah USA: Lawrencia Atakora bosan persepsi ke atas kelompok minoriti
Wanita yang bosan dengan sentimen minoriti ini turut kecewa dengan kempen Republikan yang menurutnya, dibangunkan daripada pembohongan.
Ceritalah USA - Alyiah Al Bonjim
Reaksi Alyiah Al-Bonijim, pelajar 19 tahun di University Michigan, tentang Donald Trump yang bakal menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-45.
Ceritalah USA: Zachary Shinske, si anak kampung
Baginya, Obama pemimpin yang membawa kerosakan. Walaupun tidak menuduh Presiden ke-44 itu rasuah atau tidak jujur, dia menggelengkan kepala pada Obamacare dan kekacauan yang memuncak di Asia Barat
Ceritalah USA - Ketika China bertambah kuat, Amerika semakin lemah: Kisah dua kuasa besar
Tentunya, kombinasi kekeliruan tentang penggunaan akaun emel Hilary serta sumber dana Yayasan Clinton telah membangkitkan perasaan curiga terhadap integriti pasangan ini.
Ceritalah USA: Menjadi warga Texas - Giovanni Vidana
Ketika lawatan singkatnya menemui masyarakat Mexico di Houston, Texas, Karim Raslan mendapati tidak semua warga Mexico membenci Donald Trump.
Ceritalah USA - Industri teknologi perlu dimensi kemanusiaan
Siapa lagi yang perlukan pekerja apabila robot boleh melakukan kerja yang sama?
Ceritalah USA: Filipino Amerika sebagai kuasa baru
Meskipun masyarakat Filipino Amerika adalah kelompok Asia Amerika yang kedua terbesar di negara itu, mereka merasakan mereka selama ini diabaikan oleh arus perdana.
Ceritalah USA - Quinn Dang: Menjadi Orang Amerika
Duduk di luar perpustakaan universitinya yang tampak anggun, dia bercerita kepada saya tentang satu masalah utama yang dihadapi oleh banyak pelajar kolej di Amerika: hutang.
Ceritalah USA
Mendarat di London pada pagi 23 Jun 2016, saya adalah antara jutaan orang yang tergamam dengan tindak balas pengundi terhadap sempadan terbuka, perdagangan bebas serta elit liberal dan kosmopolitan.