KALAU tidak kerana Brexit (dan kemudian, Donald Trump), saya tidak mungkin akan berkunjung ke Amerika Syarikat.
Mendarat di London pada pagi 23 Jun 2016, saya adalah antara jutaan orang yang tergamam dengan tindak balas pengundi terhadap sempadan terbuka, perdagangan bebas serta elit liberal dan kosmopolitan.
Biarpun Ceritalah USA merupakan satu usaha yang jelas dan mudah, saya suka membayangkan bahawa saya sedang cuba menyelongkar apa yang sedang dipertaruhkan untuk dunia.
Pada satu lapis, catatan-catatan saya akan cuba membantu pembaca — sama ada mereka di Quezon City, Danang, Kuching atau Surabaya — memahami apakah ertinya pertembungan sengit yang jelek antara tokoh antarabangsa sekali gus teknokrat, Hillary Clinton dengan Donald “America First” Trump kepada rantau kita.
Kita perlu tahu apakah AS masih lagi adikuasa dunia yang ulung atau apakah prestijnya sudah teruk tercalar? Setelah menguasai Asia Pasifik sejak Perang Dunia Kedua, bolehkah Amerika meneruskan penguasaannya?
Atau apakah ia akan tunduk kepada China dan membenarkan Asia Tenggara jadi lebih bertenaga berbanding bangsa Cina yang disamakan dengan Kepulauan Carribean?
Apakah dasar Condong ke Asia yang dikemukakan oleh Barack Obama menjadi satu perubahan dasar yang berani atau apakah kegagalan TPP yang hampir pasti menandakan pukulan maut kepada cita-cita itu?
Dengan citra Ceritalah yang sebenar-benarnya, saya akan menjelajah dan mendengar suara-suara rakyat terbanyak Amerika terutamanya diaspora Asia Tenggara.
Dianggarkan ada lebih kurang 4 juta orang Filipino dan 1.8 juta warga Vietnam Amerika. Apakah mereka bersemangat tentang "Tanah Orang-Orang Bebas dan Rumah Para Pemberani"? Apakah yang difikirkan oleh warga Filipino Amerika tentang dasar "pemisahan" daripada AS yang dikemukakan oleh Presiden Duterte?
Saya juga akan meneroka beberapa wilayah di Amerika termasuk Lembah Silikon dengan industri teknologinya yang menggegarkan dunia, enklaf Latino di selatan Texas, daerah pedalaman yang mati di Arkansas, kawasan perindustrian Michigan, bahagian tengah bandar di Baltimore yang kusam (yang terkenal melalui siri TV, The Wire), Washingron DC dan akhirnya, ibu kota global yang utama: New York, New York (yang pernah dilagukan “so good they named it twice”).
Tetapi seperti yang saya katakan, saya mahu menggali lebih dalam sepanjang kembara saya di Amerika ini.
Saya mendarat di London pada hari Brexit untuk menziarahi ibu saya yang berusia 83 yang ketika itu baru patah kaki.
Pemandu teksi saya, seorang kelahiran Bangladesh yang juga penyokong tegar usul Kekal dalam Kesatuan Eropah, memberitahu: "Saya hidup dengan ihsan orang mendatang. Gilalah saya kalau mengundi Brexit. Tetapi ada banyak orang yang tidak gembira, yang merasakan tempat ini sudah kebanjiran pendatang. Cerita ini tidak dilaporkan, seperti pagi tadi semasa saya berbaris untuk mengundi, saya dikelilingi oleh mereka yang berperasaan demikian dan mereka sangat tegas." Anehnya, dia tidak sedikit pun merasakan dirinya seorang pendatang.
Kemudian, bersama ibu di hospital di pedalaman Suffolk (tempat Brexit menang besar), saya ingat bagaimana dia menggelengkan kepala sewaktu saya unjukkan kepadanya akhbar Financial Times yang tegar menyokong Kekal. "Jangan tinggalkan suratkhabar itu di sini, susah aku nanti. Mereka nampaknya tidak sukakan aku."
Berjumpa teman-teman lama semasa zaman universiti di London, saya terpegun dengan rasa hairan mereka. Kekecewaan (dan bagi mereka yang bukan kelahiran Britain, kebimbangan) sangat ketara.
Perbualan saya dengan mereka semasa kembara itu terus menghantui saya, sampai sekarang.
Bagaimana mungkin begitu banyak tinjauan pendapat, wartawan dan pengulas tersalah membaca keadaan? Bagaimana mungkin mereka tidak dapat menangkap gelombang kemarahan yang membuak? Bagaimana penyokong Brexit boleh menang? Siapakah yang menyemai kebencian kaum dan bolehkah kebencian itu dibendung?
Kerana membesar dengan pemikiran-pemikiran garis tengah dan liberal seperti Alfred Bloom dan Francis Fukuyama, saya menerima keterbukaan dan toleransi demokrasi liberal Barat sebagai satu kelaziman.
“Barat” sentiasa bergerak maju: melampaui kaum, gender dan kecenderungan budaya.
Tetapi sekarang, duduk di rumah ibu di Suffolk, saya mula mengesan pemikiran yang agak tertutup malah penolakan terhadap kepercayaan liberalisme.
Apakah Brexit dan kini kemunculan Trump dengan retorik perkaumannya merupakan petanda kepada sesuatu yang lebih jelek di Barat? Apakah gesaan terhadap perdagangan bebas dan globalisasi yang lebih luas telah merobek-robek kelas pekerja tradisional — dan sekarang kelas menengah — sehingga menyebabkan mereka terluka, jatuh miskin dan marah-marah?
Apakah pemilihan presiden Afrika Amerika (Obama) dan datuk bandar London beragama Islam (Sadiq Khan) yang pertama merupakan “kemuncak demokrasi liberal” yang akan digantikan dengan cauvinisme yang berakar umbi pada masyarakat yang bangun untuk menuntut tempatnya?
Apakah Mimpi Amerika sedang merebak bertukar jadi Igauan Amerika?
Apakah kita sedang menyaksikan kebangkitan populisme melindungi pribumi yang boleh dibandingkan dengan keadaan pada 1930-an ketika dunia meluru ke arah totalitarianisme dan perang?
Apatah lagi, keresahan terhadap demokrasi tidak boleh ditanggapi dalam keterasingan. Ketika China tumbuh dengan dinamik dan makmur, sistemnya yang secara terbuka tidak demokratik meraih kredibiliti dan mendapat darjat.
Pemilihan Presiden Amerika pada 8 November ini akan memberikan kesan besar kepada Asia Tenggara dan tentunya, politik global. Dua calon yang bertanding menawarkan sudut pandang Amerika dan komitmennya kepada dunia yang sangat berbeza.
Sekiranya AS berkendur daripada mempromosikan demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan bersuara, ketelusan dan kebertanggungjawaban, kesannya akan jadi langsung dan mendalam.
Oleh itu, biarpun kembara ini secara umumnya adalah tentang pilihan raya Amerika dan kesannya ke atas Asia Tenggara, ia sebenarnya adalah tentang apakah keunggulan dan prinsip demokrasi — terutamanya yang digagaskan oleh Jefferson dan Lincoln — boleh utuh bertahan.
Karim Raslan
Thu Nov 03 2016
Karim ke USA. - Foto Karim Raslan
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dua pelajar perempuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang di Kilometer (KM) 187.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara, di Jasin, pada Khamis.
Ceritalah USA: Filipino Amerika sebagai kuasa baru
Meskipun masyarakat Filipino Amerika adalah kelompok Asia Amerika yang kedua terbesar di negara itu, mereka merasakan mereka selama ini diabaikan oleh arus perdana.
Ceritalah USA
Mendarat di London pada pagi 23 Jun 2016, saya adalah antara jutaan orang yang tergamam dengan tindak balas pengundi terhadap sempadan terbuka, perdagangan bebas serta elit liberal dan kosmopolitan.