TAIPEI: Empat penghantaran ceri segar berjumlah 14,160 kilogram (kg) yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) dan satu lagi penghantaran dari Kanada seberat 250 kg gagal dalam pemeriksaan di sempadan, selepas didapati mengandungi tahap sisa kimia pertanian berlebihan, umum Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Taiwan pada Selasa.
Menurut FDA itu lima kelompok ceri adalah antara 14 produk import lain yang turut gagal dalam pemeriksaan di sempadan baru-baru ini, selepas didapati mengandungi sisa racun perosak yang berlebihan atau tidak mematuhi syarat kelayakan yang lain, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).
Produk berkenaan sama ada akan dipulangkan atau dimusnahkan.
Produk substandard lain termasuk sos pisang UFC dari Filipina, penyepit bayi dari China dan keropok Vietnam.
Timbalan Pengarah FDA Lin Chin-fu berkata pada masa ini, ceri dari AS tertakluk pada pemeriksaan kastam mengikut kelompok, termasuk empat penghantaran terbaharu, sejak enam bulan lalu sebanyak 18 kelompok ceri dari AS gagal dalam pemeriksaan.
Beliau berkata empat kelompok ceri Amerika telah dirampas selepas didapati mengandungi 0.01-0.02 ppm racun kulat mefentrifluconazole.
Di Taiwan, mefentrifluconazole hanya dibenarkan untuk digunakan pada timun.
Memandangkan Taiwan tidak menghasilkan ceri, ia tidak mempunyai tahap sisa maksimum (MRL) untuk mefentrifluconazole dalam buah, kata Lin.
Bagaimanapun, mengikut peraturan sisa racun perosak dan dasar MLR Taiwan, FDA menerima permohonan toleransi import MRL daripada pihak yang berminat dan pejabat perwakilan negara pengeksport.
Toleransi untuk kebanyakan sisa racun perosak ialah 0.01 ppm.
Lin berkata FDA telah menghantar dokumen kepada pihak berkuasa AS untuk melakukan penambahbaikan dan meminta pihak yang berkaitan memohon toleransi import MRL menurut peraturan yang berkaitan.
Penghantaran ceri dari Kanada pula didapati mengandungi 0.02 ppm cyclaniliprole, racun serangga yang digunakan pada buah-buahan dan beberapa tanaman lain.
Selain itu, tembikai susu segar dari Jepun dan trufel hitam segar dari Itali turut didapati mengandungi tahap bahan kimia atau sisa logam berat berlebihan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023

Timbalan Pengarah FDA Lin Chin-fu berkata, pada masa ini, ceri dari AS tertakluk pada pemeriksaan kastam mengikut kelompok. - Gambar hiasan
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ceri dari AS dan Kanada didapati mengandungi kimia pertanian berlebihan - FDA Taiwan
Lima kelompok ceri adalah antara 14 produk import lain yang turut gagal dalam pemeriksaan di sempadan baru-baru ini.