MUNGKIN ramai yang tidak pernah terfikir bahawa cangkerang hidupan laut seperti ketam dan udang kara yang sering dibuang boleh dijadikan sesuatu yang amat berguna buat manusia.
Baru-baru ini para saintis dari Universiti Maryland di Amerika Syarikat menemui sesuatu yang menakjubkan menerusi penyelidikan mereka ke atas hidupan laut yang tergolong dalam kumpulan krustasea itu.
Penyelidikan dikenali sebagai 'A sustainable chitosan-zinc electrolyte for high-rate zinc-metal batteries' diketuai oleh Profesor Liangbing Hu itu mendapati, sel partikel 'chitin' yang terdapat pada hidupan berkulit keras itu boleh menyimpan tenaga dan dapat diinovasikan sebagai bateri berdaya tahan serta mampan.
"Kita memikirkan mengenai biodegradasi bahan atau kesannya kepada alam sekitar, keupayaan bateri penting dalam sesuatu produk itu, yang mana mungkin boleh dikomersialkan.
"Bateri yang diguna pakai menerusi teknologi penciptaan ini mesti mesra alam sekitar seiring dengan langkah dunia bergerak ke arah penyelesaian tenaga hijau dan penggunaan kereta elektrik masa kini," katanya memetik laporan artikel The Guardian.
Jelasnya, bateri yang lazim digunakan masa kini diperbuat daripada lithium-ion dan sebatian lain mengambil masa yang cukup lama untuk dilupuskan, selain terdiri dari bahan yang boleh menghakis serta mudah terbakar.
"Cangkerang krustasea seperti yang ada pada ketam dan udang kara diperbuat daripada sel yang mengandungi chitin.
"Chitin adalah merupakan sejenis karbohidrat yang menjadikan cangkerang hidupan ini keras dan kuat.
"Hasil buangan dari restoran selalunya ada mengandungi bahan ini, yang mana turut disebarkan secara semula jadi menerusi pembiakan kulat serta serangga," ujar Hu lagi.
Mengulas mengenai produk bateri prototaip yang dicipta oleh kumpulan penyelidik itu, menurut beliau, selepas melalui beberapa fasa pemprosesan kimia dengan larutan asid acetic akueus yang kemudiannya citin disintesiskan ke dalam gel membran untuk digunakan sebagai bateri elektrolit.
Cecair elektrolit yang terdapat pada bateri membantu pengecasan molekul ion dari hujung ke hujung bateri.
"Elekrolit chitosan ini kemudiannya dicampur dengan zink seterusnya membolehkan bateri itu selamat serta murah," tambahnya.
Menurut beliau kajian yang dibuat pada chitin sebelum ini turut mendapati sel kimia itu mempunyai peranan dalam bidang bioperubatan yang mana berperanan sebagai pembalut luka dan terapi antiradang.
Nickyson Nyambar
Tue Sep 06 2022

Penyelidikan para saintis dari Universiti Maryland di Amerika Syarikat mendapati sel yang terdapat pada cangkerang kelompok krustasea dapat menyimpan tenaga. -Gambar fail/Unsplash

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Cangkerang udang kara, ketam boleh dijadikan bateri - Kajian
Hasil penyelidikan saintis dari Universiti Maryland mendapati sel unik pada kelompok krustasea itu berkebolehan menyimpan tenaga.