CANBERRA: Pihak berkuasa kesihatan Canberra memberi amaran mengenai gelombang baharu jangkitan COVID-19 di wilayah itu, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan Ibu Negara Australia (ACT) Rachel Stephen-Smith mendedahkan bahawa wilayah itu sedang berdepan ancaman gelombang jangkitan COVID-19.
"Kami menyaksikan peningkatan bilangan kes jangkitan, dan dijangka berpotensi mencetuskan gelombang COVID-19 pada musim sejuk bermula Julai berlanjutan hingga Ogos," katanya dipetik Canberra Times pada Selasa.
"Kami menyedari perkara itu dan kami terus memantau bilangan kes untuk melihat sama ada trajektori itu akan kekal."
Kejadian berlaku selepas ACT merekodkan kadar kemasukan baharu ke hospital akibat COVID-19.
Seramai 121 orang yang dijangkiti virus COVID-19 kini menerima rawatan di hospital ACT, merupakan angka tertinggi sejak permulaan wabak itu, menurut kemas kini terkini pada Selasa.
Jangkitan COVID-19 di wad kanser di Hospital Canberra telah menyumbang kepada peningkatan itu.
Pengarah Wad klinikal, Paul Craft berkata pihak berkuasa masih menyiasat bagaimana COVID-19 telah merebak di wad.
"Agak sukar mengesan sejauh mana penularan virus itu, kami masih mengusahakannya," katanya kepada Radio Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).
"Ia mungkin mengambil masa yang lama sebelum kita dapat pastikan bagaimana ia merebak"
Australia merekodkan 8,023,259 jangkitan COVID-19, termasuk 9,704 kematian, dan 226,653 kes aktif sehingga Isnin, menurut Jabatan Kesihatan Persekutuan.
Sementara itu, 3,133 kes masih dirawat di hospital termasuk 111 ditempatkan di unit rawatan rapi.
--BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022

Australia merekodkan 8,023,259 jangkitan COVID-19, termasuk 9,704 kematian, dan 226,653 kes aktif sehingga Isnin. - Gambar fail/REUTERS
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

3 cedera ditikam di Universiti Kebangsaan Australia
Tiga individu telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan berikutan insiden tikam yang didakwa berlaku di Universiti Kebangsaan Australia (ANU) pada Isnin.

Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19
Pihak berkuasa kesihatan Canberra memberi amaran mengenai gelombang baharu jangkitan COVID-19 di wilayah itu.

COVID-19: Satu kes dilaporkan, Canberra kuat kuasa perintah berkurung
Canberra, Sydney, Melbourne dan beberapa bandar di New South Wales akan menguatkuasakan perintah berkurung susulan penularan varian Delta.

Rakyat Malaysia 'Uncle Hashim' dianugerah pingat Order of Australia
Di Australia, Uncle Hashim atau nama sebenarnya Abdul Rahman Hashim boleh dianggap sebagai individu yang agak terkenal.

COVID-19: PM Australia sokong langkah Victoria perketat sekatan
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyatakan sokongan terhadap keputusan pemerintah Victoria untuk mengetatkan sekatan COVID-19.

Australia pertimbang tawar perlindungan kepada penduduk Hong Kong
Meskipun tindakan itu mungkin mengeruhkan lagi ketegangan dengan China, keadaan di Hong Kong kini amat membimbangkan.

Kebakaran hutan Australia: Pelajar Malaysia panik langit bertukar jingga di Canberra
Pelajar Malaysia yang menetap di Canberra, Australia, berkongsi detik cemas yang dialaminya susulan kebakaran hutan di benua tersebut.

Remaja maut papan selaju: Keluarga masih tunggu bantuan Wisma Putra
Selepas lebih 24 jam Mohammad Farhan Fudhail menemui ajal semasa bermain papan selaju di Australia, pihak keluarganya masih menunggu bantuan Wisma Putra dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra.

Kanggaru lapar berkeliaran di bandar Canberra
Penduduk memuat naik gambar dan video menunjukkan kanggaru yang dilihat berkeliaran di luar habitat mereka di kawasan bandar dan perumahan.

Rusia selar tindakan Australia usir dua diplomatnya
Kedutaan Rusia di Canberra menuding jari terhadap Australia yang mengikuti United Kingdom (UK) secara membabi buta untuk mengusir dua diplomat Rusia, hari ini.