SAHAM di Bursa New York ditutup tinggi pada Isnin menjelang pemilihan bagi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan bermula pada Selasa waktu tempatan.
Pelabur kini bersedia untuk ketidaktentuan dalam pasaran yang sangat besar akibat pilihan raya itu.
Mereka dalam masa yang sama turut menjangka peralihan polisi jangka panjang tidak kira siapa akan menang, Donald Trump atau Joe Biden.
Ini termasuk perubahan dalam cukai, perbelanjaan kerajaan dan dagangan.
Ada penganalisis yang dipetik Reuters turut menjangka tiada keputusan jelas akan dicapai pada hari Selasa ini.
Pada penutup, indeks Dow Jones naik 423 mata, Nasdaq naik 46 mata dan S&P 500 naik 40 mata.
Reuters melaporkan pelabur memihak kepada Biden yang akan memberikan pelan rangsangan dan tenaga hijau.
Namun, JP Morgan melaporkan, saham berkaitan Trump turut mencatat peningkatan.
Astro Awani
Tue Nov 03 2020
Reuters melaporkan pelabur memihak kepada Biden yang akan memberikan pelan rangsangan dan tenaga hijau. - Gambar fail
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
Ahli Kongres AS bakal bentang rang undang-undang tukar nama Teluk Mexico
Menurut Greene, rang undang-undang itu siap disusun dengan majlis perundangan dan sedia untuk dikemukakan pagi Khamis.
Trump cadang tukar nama Teluk Mexico kepada "Teluk Amerika"
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan hasrat untuk menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika.
Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman
Ia berhubung sabitan dalam kes jenayah berkaitan bayaran 'duit menutup mulut' kepada seorang bintang lucah.
Jasad Jimmy Carter tiba di Washington, pengebumian negara berlangsung 9 Januari
Jasad bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter, tiba di Washington pada Selasa.
Kongres AS sahkan kemenangan Trump dalam pilihan raya Presiden
Naib Presiden Kamala Harris mempengerusikan sesi itu dalam peranan perlembagaannya sebagai presiden Senat.
Dasar tarif Trump berisiko kurangkan kuasa beli pengguna teknologi AS sehingga US$143 bilion - Persatuan
Pembelian komputer riba dan tablet boleh merosot sehingga 68 peratus, manakala penggunaan konsol permainan video mungkin turun 58 peratus.
Ringgit ditutup rendah berikutan ekonomi AS menunjukkan tanda pemulihan
Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
FBM KLCI ditutup rendah seiring prestasi lemah pasaran serantau
Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau apabila pasaran utama di seluruh dunia kebanyakannya mencatatkan aliran negatif.
Trump anjur 'pesta kemenangan' di DC sehari sebelum majlis pelantikan
Presiden terpilih Donald Trump dan ribuan penyokongnya akan berkumpul di Washington, D.C., sehari sebelum majlis pelantikan yang akan datang, lapor United Press International (UPI).
Mahkamah tolak rayuan Trump, kekal keputusan kes serangan seksual
Mahkamah Rayuan Persekutuan AS mengekalkan keputusan juri yang mendapati Trump telah melakukan serangan seksual terhadap E. Jean Carroll.