Sebuah mahkamah di Koh Tao, Thailand menjatuhkan hukuman mati ke atas dua pendatang warga Myanmar atas kesalahan membunuh dan merogol dua pengembara Britain tahun lalu.
Berdasarkan kenyataan aktivis di pihak pembelaan, mahkamah memutuskan ia mempunyai cukup bukti untuk mensabitkan kesalahan terhadap Win Zaw Htun dan Zaw Lin, masing-masing berusia 22 tahun.
Kes bunuh dan rogol ke atas David Miller dan Hannah Witherridge di Kepulauan Koh Tao itu mengundang kontroversi dan debat mengenai keselamatan warga asing yang mahu bercuti di Thailand.
Tertuduh, Win Zaw Htun dan Zaw Lin kedua-duanya didapati bersalah dengan tuduhan bunuh dan rogol difailkan ke atas mereka.
Mereka dikatakan akan memfailkan rayuan berhubung hukuman bunuh diputuskan mahkamah itu.
Mengikut fakta kes, mayat Miller dan Witheridge ditemui dalam keadaan tidak sempurna pada 15 September 2014 di Koh Tao, sebuah pulau di Teluk Siam yang cukup terkenal kerana pasirnya yang putih serta halus.
Ia juga dikenali sebagai syurga untuk penyelam laut dalam.
Hasil bedah siasat mendapati, mayat kedua-dua mangsa mengalami luka teruk di bahagian kepala.
Manakala Witheridge dirogol sebelum dibunuh.
Pembunuhan warga Britain itu menjejaskan imej dan industri pelancongan Thailand, yang sudah pun merosot akibat rampasan kuasa tentera sebelum itu iaitu pada Mei 2014.
Astro Awani
Thu Dec 24 2015

Mahkamah memutuskan ia cukup bukti untuk mensabitkan kesalahan terhadap Win Zaw Htun dan Zaw Lin, masing-masing berusia 22 tahun. - Foto Reuters
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Tiga lagi pantai peranginan Thailand dibuka di sebalik lonjakan kes COVID-19
Pembukaan semula itu di bawah konsep "Samui Plus, lanjutan daripada insiatif "Phuket Sandbox", kedua-duanya bertujuan menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Selepas Phuket, Thailand rancang buka tiga lagi pulau peranginan pada 15 Julai
Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao kini sibuk membuat persiapan untuk menyambut pelancong asing yang lengkap divaksin bermula 15 Julai.

Bunuh dua warga Britain, dua warga Myanmar dijatuhi hukuman mati
Sebuah mahkamah di Koh Tao, Thailand menjatuhi hukuman mati ke atas dua pendatang warga Myanmar atas kesalahan membunuh dan merogol.