Gara-gara gemar melompat di atas mesin basuh seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Qiangdoa yang terletak di wilayah Shandong, China tersangkut di dalam mesin tersebut.

Pihak bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan kanak-kanak itu. Kakinya didapati tersangkut di bahagian dalam mesin tersebut.

Bagi mengelakkan kecederaan lebih serius, bomba terpaksa memotong bahagian atas mesin tersebut yang diperbuat daripada plastik.

Proses menyelamatkannya mengambil masa selama 10 minit.

Kanak-kanak tersebut dihantar ke hospital, namun tiada kecederaan serius dialaminya kecuali lebam di bahagian kaki.