Seekor buaya sepanjang lima meter yang terlepas dari kurungannya akibat banjir, ditangkap semula di Chumphon, selatan Thailand pada Selasa.
Menurut seorang pegawai di Wisainua, reptilia seberat 300kg dipercayai milik sebuah ladang swasta atau individu, melepaskan diri apabila tempat kurungannya dinaiki air.
"Seorang penduduk kampung menemukan buaya itu pada kira-kira 12 tengah hari ini dan menghubungi kami. Dengan bantuan orang ramai, kami berjaya menangkap semula reptilia itu," kata pegawai penyelamat di Wisainua, Paisarn Kaewprasert.
Wisainua terletak di daerah Mueng, Chumphon, yang dilanda banjir bersama beberapa daerah lain. Banyak kampung di selatan Thailand terjejas teruk akibat bencana alam itu, yang disifatkan banyak pihak sebagai yang paling buruk dalam tempoh 50 tahun.
Lebih sejuta penduduk terjejas akibat bencana alam itu dan setakat ini banjir yang melanda wilayah berkenaan meragut 25 nyawa dan menyebabkan dua mangsa masih hilang.
Paisarn berkata buaya itu kini ditempatkan di sebuah ladang ternakan ikan sementara menunggu dituntut pemiliknya.
Kejadian itu berlaku selepas pihak berkuasa tempatan di Nakhon Si Thammarat, di selatan Thailand memberi amaran beberapa hari lepas tentang buaya yang terlepas daripada Thung Talad Zoo di wilayah itu.
Orang ramai yang tinggal di sekitar zoo berkenaan dinasihati berwaspada dengan kemungkinan terdapat buaya yang bergerak bebas di tempat mereka.
Media tempatan memberi amaran tentang kemungkinan terdapat buaya yang terlepas dari zoo berkenaan setelah mereka ternampak reptilia itu berenang berhampiran tempat tersebut ketika mereka merakam gambar dari udara.
Berikutan banjir yang berlaku, pihak berkuasa tempatan menghantar pegawai untuk menyelamat haiwan lain dari zoo berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2017

Kejadian itu berlaku selepas pihak berkuasa tempatan di Nakhon Si Thammarat, di selatan Thailand memberi amaran beberapa hari lepas tentang buaya yang terlepas daripada zoo. - REUTERS/Wirittipon Withandetsit

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Buaya besar terlepas akibat banjir di selatan Thailand ditangkap semula
Seekor buaya sepanjang lima meter yang terlepas dari kurungannya akibat banjir, ditangkap semula di Chumphon, selatan Thailand.

Amaran bahaya buaya terlepas dari zoo akibat banjir di Thailand
Pihak berkuasa di Nakhon Si Thammarat, selatan Thailand, menasihati orang ramai supaya berwaspada tentang kemungkinan terdapat buaya yang terlepas daripada sebuah zoo akibat banjir.